Khamis, 13 Disember 2018

"BERPATAH SAYAP ,BERTONGKATKAN PARUH PERJUANGAN PARTI DITERUSKAN: BUNG


Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU: Umno Sabah akan lebih mantap dengan adanya pemimpin muda yang berwibawa  dalam barisan kepimpinannya kata Pengerusi  Badan Perhubungan Umno Sabah yang baharu Dato Sri Bung Moktar Radin.

Bung yang dilantik untuk menerajui Umno Sabah setelah barisan pimpinanya yang diketuai oleh mantan Ketua Perhubungan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bertindak untuk meninggalkan parti dengan serta merta.

Ketika dihubungi bagi memberikan komen mengenai pelantikannya, Bung Moktar mengambarkan bahawa Umno Sabah pada ketika ini diibaratkan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

“Apa pun saya berpegang dengan adat pepatah orang tua dulu, ‘Berpatah Sayap Bertongkatkan paruh’ namun gunung yang hendak didaki akan kami daki juga,” ujar beliau.

Menurut Bung yang juga Ketua UMNO bahagian  Kinabatangan  untuk  menjadi ketua dalam sebuah organasasi seperti Umno di Sabah bukan lah satu perkara  yang mudah apatah lagi bila rakan-rakan yang berjuang bersama dahulu telah meninggalkan parti.

“Sekarang kita berjuang bersendirian. Namun kita harus bangkit dari hayalan sebab Umno bukan hanya sebuah organasasi parti tapi ada lah sebuah perjuangan dan perjuangan ini perlu diteruskan.

Beliau yakin masih ada ahli parti Umno diperingkat akar umbi yang masih setia dalam perjuangan, tindakan beberapa pemimpin UMNO meninggalkan parti itu tidak mengambarkan keseluruhan hasrat lebih dari 500 ribu ahli UMNO di seluruh bahagian di negeri ini.

“Saya sempat berbual melalui telipon dengan beberapa pemimpin yang masih bersama Umno termasuk beberapa pemimpin pemuda dan mereka nampak lebih berkeyakinan sebab  mereka akan diberi peranan untuk  menjadi pemimpin hadapan kelak,” kata Bung Moktar.

Beliau perpendapat sudah tiba masanya Umno Sabah bergerak dengan ‘fresh blood’ yang bertenaga dan bermaruah.

Bung yakin dengan kesungguhan pemimpin-pemimpin muda yang bakal mewarnai kepimpinan Umno Sabah.

“Umno Sabah pasti akan bertambah kuat dan dapat membawa obor sinar baru kepada rakyat sabah khususnya,” katanya.

"Saya akan lakukan yang terbaik dengan apa  yang dipertanggungjawabkan ke oleh kepimpinan parti. Ia merupakan satu tugas yang berat  tetapi kami… saya dan kepimpinan baru akan bekerja ke arah menjadikan parti lebih kukuh dan membawa satu obor harapan baru kepada rakyat di Sabah," katanya.

Bung Moktar jugaenzahirkan terima kasih kepada Presiden Umno  Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk perlantikan itu.

Setiausaha agung Umno Tan Sri Annuar Musa mengumumkan pelantikan Bung di satu sidang media di Kuala Lumpur pada petang Rabu lepas.


0 ulasan:

Catat Ulasan