![]() |
| Aktiviti berkuda tarikan baharu pelancung melawat ke Rundum Highland |
KEMABONG: Bagi menarik minat orang ramai khususnya pelancong dari luar untuk datang melawat Ke Rundum Highland kampung Rundum satu lagi aktiviti baru diperkenalkan.
Aktiviti tersebut ialah aktiviti berkuda sebagai salah satu produk baharu pelancongan di kawasan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata setakat ini sebanyak tiga ekor kuda dari spesis import dengan ketinggian enam kaki ,jinak dan mudah dikawal telah disediakan.
" Operasinya akan bermula pada awal Januari tahun depan 2019 dimana selain menyediakan kuda ,pelancong juga akan dibantu dan dikawal selia oleh joki yang berpengalaman untuk membantu pelancong yang ingin mencuba aktiviti ini" katanya ketika ditemui selepas melancarkan aktiviti tersebut di sini kelmarin.
Menurut beliau pelancong yang ingin mencuba aktiviti menunggang kuda akan dikenakan bayaran sebanyak RM15.00 bagi dewasa dan RM7.00 bagi kanak kanak berumur 12 ke bawah untuk satu pusingan di padang Rundum Highland kampung Rundum.
" Saya yakin aktiviti ini akan menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang melawat ke kawasan ini dimana aktiviti selain mencabar ia juga menyeronokkan dimana pengunjung boleh menunggang kuda dalam keadaan cuaca yang sejuk iaitu sekitar 16 darjah Celsius dihiasi dengan pemandangan panorama yang cantik di atas bukit kampung Rundum " katanya
![]() |
| Panorama cantik penuh tradisi aktiviti berkuda di Rundum Highland Kampung Rundum |
Selain itu tambah Jamawi pelancong juga boleh menikmati kesejukan air terjun Rundum yang jarak perjalanannya sekitar 45 minit berjalan kaki dari kampung Rundum atau meneroka peninggalan Sejarah Kubu Lama Inggeris kira kira 3 jam perjalanan ke kawasan ini dari kampung Rundum
" Dengan adanya tarikan seperti ini saya yakin Rundum Highland akan menjadi distenasi pelancongan yang cukup menarik dilawati sekali gus boleh menyumbang kepada peningkatan taraf siso ekonomi rakyat di kawasan ini" jelas Jamawi








0 ulasan:
Catat Ulasan