![]() |
| Jamawi meneliti dokumen salah seorang penduduk yang hadir ke program tersebut |
KEMABONG : Jabatan dan agensi kerajaan perlu kerap mengadakan program hari bertemu pelanggan bagi memperkasakan perkhidmatan awam di negari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, rakyat adalah pelanggan yang harus dijaga sebaik mungkin daripada pelbagai aspek.
“Bagi kami yang dipilih rakyat kami melihat bahawa kerja dan tanggungjawab kami adalah memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh rakyat.
“Sebab itu kita katakan bertemu dengan rakyat menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita supaya rakyat dari semasa ke semasa dapat bertemu dengan pihak yang bertanggungjawab terhadap keperluan mereka,” katanya.
![]() |
| Lebih dari seribu orang penduduk daerah kecil Kemabong hadir ke program tersebut. |
Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Hari Bertemu Pelanggan peringkat daerah kecil Kemabong di dataran Kemabong pagi kemarin.
Pada masa sama Jamawi memberitahu, menerusi program itu juga rakyat dapat menyuarakan cadangan dan rintihan untuk diselesaikan.
" Program seperti ini amat bermakna buat rakyat apalagi mereka yang jauh tinggal di kawasan luar bandar yang kurang mendapat maklumat mengenai dasar serta program program kerajaan selain bantuan yang disediakan oleh kerajaan melalui jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan" jelas Jamawi
![]() |
| Antara jabatan dan agensi ddkrrajaan yang membuka kaunter perkhidamatan pada paorgram tersebut |
Selain itu, beliau berkata pembangunan Daerah Kemabong akan bergerak maju ke hadapan dan akan menjadi satu pusat pertumbuhan baharu kepada rakyat .
“Daerah kecil Kemabong akan bergerak maju ke hadapan melalui pelbagai sektor antaranya pertanian dan pelancongan yang sememangnya berpotensi dimajukan di kawasan ini dan menjadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi rakyat " katanya
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan apabila terlaksananya beberapa projek mega seperti naik taraf jalanraya antara Pekan Kemabong ke Rundum Highlands yang menelan belanja RM212 juta dan RM 179 juta bagi projek naik taraf jalanraya kampung Ulu Tomani ,pembinaan Projek Hidro Telekosang Kemabong yang menelan belanja sekitar RM450 juta akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di daerah kecil Kemabong " katanya.
Pada program tersebut sebanyak 15 buah jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri turut menyertainya.
Tambah Jamawi banyak isu dan masalah rakyat dapat di selesaikan dalam program tersebut dan turut mencadangkan Program Hari Bertemu Rakyat ini akanteruskan pada setiap hari Jumaat minggu pertama setiap bulan
Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Djamiluddin Kamaruddin,Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang serta Ketua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan









0 ulasan:
Catat Ulasan