![]() |
| Kemuncak Adau Janang Twhun ini sediakan pelbagai acara menarik |
BEAUFORT: Orang ramai khususnya masyarakat Bisaya di daerah ini dan sekitarnya dijemput hadir menyaksikan pelbagai acara di kemuncak penutupan Adau Janang Gayuh kali ke-12 tahun 2019 di Pusat Koperasi Bersatu Kampung Suasa dekat sini ahad ini.
Pengerusi penganjurnya Haji Roslan Haji Muharam (gambar) berkata acara yang bermula jam 8.30 pagi itu bermula dari 27 Julai lagi dengan pelbagai acara menarik antaranya pertandingan pakaian tradisi sukun kaum Bisaya,lumba perahu, tarik tali berdayung, pertandingan kikik(layang-layang) dan gasing.
![]() |
| Haji Ruslan Pengerusi Pelaksana Adau Janang Gayuh kali ke-12 merangkap Timbalan Presiden PBBS |
Menurut Haji Ruslan yang juga Timbalan Presiden PBBS pada hari kemuncak majlis Penutupan Adau Janang Gayuh tahun ini yang dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi bersama Presiden PBBS Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin , selain acara perasmian acara acara lain seperti pertandingan bagandang,pertandingan makanan tradisi suku kaum Bisaya,
lumba kerbau dan bagung berhias dan perlumbaan perahu laju .
![]() |
| LUMBA KERBAU..Antara acara yang menarik untuk disaksikan pada Adau Janang Gayuh kali ini. |
" Adau Janang Gayuh satu-satunya perayaan terbesar suku kaum Bisaya di negeri ini ,pelbagai kebudayaan tradisi masyarakat Bisaya dapat disaksikan antaranya pakaian,kraftangan,alat muzik,makanan tradisi dan lain lain dapat disaksikan pada sambutan kali ini" katanya ketika ditemui di sini kemarin.
![]() |
KRAFTANGAN...Orang ramai juga berpeluang membeli kraftangan hasil karya masyarakat Bisaya
|
Tambah Haji Ruslan lagi Adau Janang Gayuh juga merupakan wadah memperkukuhkan perpaduan terutamanya di kalangan masyarakat Bisaya selain menjadi flatfrom untuk mempertahankan ada serta tradisi masyarakat Bisaya agar kekal dan diwarisi oleh generasi muda.










0 ulasan:
Catat Ulasan