Khamis, 18 Julai 2019

PERTAMBAHAN KERUSI DUN SABAH TEPAT PADA MASANYA BUNG

Bung ketika mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan Rakyat


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) menyambut baik dan menyifatkan langkah Dewan Rakyat meluluskan usul bagi menambah kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah daripada 60 kepada 73 adalah tepat pada masanya.

Menurut Beliau yang Pengerusi UMNO Sabah tambahan 13 buah kerusi Dun di Sabah akan memudahkan pentadbiran dan pelaksanaan pembangunan yang lebih seimbang khususnya di kawasan luar bandar.

“ Keputusan menambah bilangan kerusi DUN bagi Sabah kita sambut baik ,bagaimana pun terdapat keperluan untuk menambah bilangan kerusi Parlimen di kedua dua buah negeri Sabah dan Sarawak selain faktor keluasan geografi keperluan ini juga bagi memenuhi perjanjian sebagaimana yang terkandung di dalam  MA 63 " katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pertambahan kerusi DUN Sabah yang diluluskan oleh dewan Rakyat pada Khamis lepas.

Mengulas lanjut Bung berkata, Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia tapi cuma ada 60 Adun sekarang 73 yang mewakili lebih tiga juta penduduk negeri ini, maka tambahan kerusi Parlimen  sudah pasti akan mempercapatkan proses pembangunan di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar yang jauh ketinggalan berbanding dengan lain lain negeri di Semenanjung Malaysia.
Dia
" Pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak akan memberi manfaat kepada rakyat terutamanya dalam memperoleh perkhidmatan lebih cekap ,berkesan terutamanya dari aspek pembangunan di luar bandar apalagi Sabah adalah penyumbang terbesar hasil pendapatan negara justeru rakyat di negeri ini berhak untuk menikmatinya bersama" katanya

Ketika mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai penuruman had umur mengundi dari 21 ke 18 tahun Bung yang juga ahli majlis tertinggi UMNO menyambut baik langkah tersebut dimana menurut beliau cadangan tersebut telahpun dikemukan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut beliau  usul itu merupakan berita baik kepada kira-kira 1.5 juta belia berumur antara 18 hingga 20 tahun yang mewakili 10 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar di Malaysia.

 " Keputusan ini merupakan anjakan paradigma positif kepada landskap pengundi dalam PRU-15, dimana jika had umur diturunkan kepada 18 tahun, jumlah layak mengundi akan meningkat," katanya.

Tambah Bung penurunan had umur itu meletakkan Malaysia setara dengan negara-negara demokarasi maju yang lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan