Selasa, 25 Jun 2019

PROJEK MEGA HIDRO TELEKOSANG AKAN MERUBAH LANDSKAP PEMBANGUNAN KEMABONG JAMAWI



Jamawi menerima dokumen taklimat perlaksanaan projek tersebut
TENOM:   Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar yakin dengan terlaksana projek mega Hidro Tolokoson/Telekosang  di daerah Kecil Kemabong akan merubah landskap pembangunan di daerah itu selain turut merancakkan pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.


Beliau berkata projek yang bernilai RM 450 juta itu akan dilaksanakan tidak lama lagi   oleh syarikat utama projek ini Telekosang Hydro dan  Syarikat PowerChina/Sinohydro  sebagai kontraktor pelaksana apabila siap sepenuhnya ianya juga  dapat  meningkatkan kemudahan asas  bekalan elektrik di negeri ini khususnya di daerah kecil Kemabong
Gambaran rekabentuk projek

Disamping itu  tambah beliau ianya akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat khususnya golongan belia di daerah Tenom dan Kemabong.

" Saya telah meminta kontraktor utama projek ini  agar memberikan peluang kepada golongan belia khususnya dari daerah ini untuk diambil berkerja dalam syarikat mereka" katanya ketika  ditemui selepas menerima kunjungan hormat dan taklimat  dari kontraktor Syarikat Power China /Synohydro  di pejabat Pusat khidmat ADUN Kemabong di sini kemarin.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong  Kerajaan beliau juga turut meminta kontraktor induk yang melaksanakan projek ini agar memberikan ruang dan peluang kepada kontraktor kontraktor kecil tempatan untuk  Sub Kontraktor bagi kerja kerja kecil.

" Untuk tujuan ini saya berharap kontraktor kecil tempatan yang berdaftar di Kemabong dan Tenom diberikan keutamaan" katanya

Taklimat bersama bersama pemimpin masyarakat Kemabong oleh kontraktor pelaksana projek ini.

Menurut  Jamawi lagi kontraktor pelaksana PowerChina/Sinohydro  juga akan mengadakan sesi taklimat. Bersama MPKK/KK dan pemimpin masyarakat di daerah kecil Kemabong yang akan diadakan di Dewan Sri Antoros bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat perjalanan dan keselamatan projek ini nanti .

0 ulasan:

Catat Ulasan