Selasa, 23 Julai 2019

BELIA USIA BAHAGIAN TAMBUNAN MEMINTA PIHAK BERKUASA SIASAT DAKWAAN WALFRED

Suhaidi (lima dari kanan ) bersama ahli jawatankuasa Belia Usia Bahagian Tambunan selepasekbuat laporan polis di Balai Polis Daerah Tambunan 

TAMBUNAN:Ekoran
dari desakan Badan Belia Usia Pusat di media tempatan pada selesa agar Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau agar menarik balik dan memohon maaf kepada masyarakat Islam di negara ini mengenai dakwaanya yang dimuat naik di Halaman Sosial milik peribadi beliau  yang mendakwa wujudnya paksaan dan ugutan dari pemimpin tertentu  yang tidak disebutkan namanya mengenai paksaan memeluk Islam berlaku di daerah ini sebelum ini,Badan Belia Usia Bahagian Tambunan kemarin (selasa) tampil membuat laporan polis di Balai Polis Tambunan.

Laporan yang dibuat oleh Ketua Belia Usia Bahagian Tambunan Suhaidi Awang Damit bersama Ahli jawatankuasa Belia Usia Bahagian Tambunan meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut.

Menurut Suhaidi kenyataan Wilfred boleh mencetuskan kemarahan umat Islam bukan sahaja di daerah itu malahan di seluruh negara yang boleh menjejaskan tahap keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

" Kita mahu pihak berkuasa menyiasat perkara ini ,jika dibiarkan ianya boleh menjejaskan keharmonian kaum dan menimbulkan persepsi  negetif kepada Umat Islam " katanya ketika ditemui disini selepas membuat laporan di Balai Polis Tambunan pada pagi selasa.

Menurut Suhaidi yang juga Ahli Jawatankuasa Belia Pusat pihaknya telah memantau Halaman Sosial milik Presiden UPKO itu dan mendapati sehingga kemarin melebihi tempoh 48 jam status tersebut masih wujud di Halaman Sosial beliau .

" Perkara ini membuktikan beliau (Walfred) tidak peka dan sensitif  terhadap  isu yang dibangkitkan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di negeri ini. Beliau lebih rela natizen berperang melontarkan pelbagai komen yang boleh mencetuskan setuasi yang tidak sehat ,menunjukkan beliau tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam  yang mendesak beliau menarik balik dan memohon maaf " Jelas Suhaidi .

Tambah Suhaidi tidak salah menghargai jasa kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memberikan peruntukan untuk penganut agama lain yang memberikan gambaran beliau adil kepada semua kaum di negeri ini.

" Seharusnya pendekatan dan kesediaan Ketua menteri meluluskan peruntukan tersebut dihargai  tanpa mengaitkan perkara perkara lain apalagi menyentuh soal agama " katanya

Menurut Suhaidi Walfred harus sedar kenyataan beliau itu boleh menjejaskan hubungan harmoni rakyat pelbagai kaum di negeri dan turut memberi impak negetif kepada kerajaan dan kepimpinan Ketua Menteri yang berharap  rakyat  di negeri ini terus  bersatu padu menyokong kerajaan bagi membawa perubahan dari aspek pembangunan dan kestabilan politik demi  kesejahteraan rakyat.

Tambah  Suhaidi sebagai pemimpin kanan kerajaan negeri Walfred wajar membantu kepimpinan Ketua Menteri untuk menjaga keharmonian kaum dan kestabilan politik di negeri ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan