![]() |
| Jamawi (tengah) bersama MGB Daerah Tenom |
TENOM : Guru besar khususnya Majlis Guru Besar (MGB) boleh memainkan peranan penting untuk merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melonjakkan sistem pendidikan negara.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar berkata , bagi merialisasikan perkara ini MGB perlu mengamalkan prinsip kepimpinan terbuka, proaktif dan responsif terhadap tuntutan-tuntutan baharu dan mengutamakan pelanggan, kedua mengekalkan perpaduan dalam kesatuan untuk bergerak dalam satu pasukan dan matlamat untuk sama sama membantu kecermalangan pelajar dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum
![]() |
| Jamawi menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pengerusi MGB daerah Tenom. |
Katanya MGB perlu mempamerkan semangat kebangsaan yang jitu dan pemahaman tulen terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara kepada masyarakat.
"Saya yakin MGB yang dianggotai oleh Guru Besar bukan sahaja menjadi pemimpin kepada organisasi sesebuah sekolah ,namun melalui MGB mereka boleh memberikan sumbangan yang bermakna dalam meningkatkan kehidupan moral dan cendekiawan masyarakat melalui penyebaran maklumat dan gerakan pembaharuan sosial dinamik melalui kegiatan kegiatan yang dilaksanakan" katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Agung MGB daerah Tenom sesi 2019/2020 di sini pagi kemarin.
![]() |
| Jamawi menerima cendera kenangan dari YDP baru MGB Tenom Sani Awang Ali selepas merasmikan mesyuarat agung tersebut |
Hadir sama Yang Dipertua MGB daerah Tenom Hassan Basri . Uji
Dalam perkembangan yang sama Jamawi juga berharap MGB turut mencetuskan kebijaksanaan baharu untuk membangunkan masyarakat secara menyeluruh dan mampan
Katanya, kepimpinan sekolah juga mempunyai peranan penting dalam memastikan penyampaian pendidikan berkualiti kepada pelajar.
Ini kerana ujarnya, kualiti pendidikan di sekolah amat bergantung kepada keterampilan dan profesionalisme dimiliki guru-guru besar dan guru-guru.
“Kualiti pelajar hanya akan terjana menerusi amalan pengurusan berkualiti dan beretika serta mementingkan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat,” ujarnya.
Pada majlis tersebut Jamawi juga turut menyampaikan sumbangan kewangan RM6,000.00 kepada MGB daerah Tenom untuk kegiatan mereka sepanjang tahun.
Sementara itu Sani Awang Ali dipilih menjadi Yang Dipertua MGB daerah Tenom bagi sesi 2019/2020 setelah penyandangnya Hassan Basri tidak mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan kali ini.
Bagi jawatan Timbalan YDP disandang oleh Vun Chee On,dan Naib Sarimah Taip.
Jawatan Setiausaha dan timbalan Setiausaha masing masing disandang oleh Herry Tanasius, dan Bendahari Wong Eh Chun.









0 ulasan:
Catat Ulasan