Selasa, 30 Julai 2019

DAKWAAN AHLI UMNO HANYA DI ATAS KERTAS HANYA PRESEPSI NEGETIF BUNG

Bung sambil diperhatikan Zahid dan Abdullah menerima cendera kenangan dari Pemangku Ketua Bahagian UMNO Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah di majlis tersebut .

BEAUFORT : Tanggapan  Pengerusi  BERSATU Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor ahli UMNO di negeri ini  hanya di atas kertas hanya presepsi negetif beliau yang  enggan menerima hakikat bahawa UMNO masih kukuh di negeri ini

Pengerusi  UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata  ahli UMNO seperti  yang  didakwa di atas kertas itu sebenarnya ahli UMNO yang tulin dan kertas tersebut  pula telah mereka (BERSATU SABAH) curi dan salin sebilangannya didaftarkan sebagai ahli BERSATU  tanpa pengetahuan dan  persetujuan ahli ahli UMNO yang tidak menyertai langkah mereka melompat ke parti lain.


SOKONGAN PADU Sebahagian dari perwakilan UMNO  bahagian Beaufort yang hadir ke persidangan tersebut.

Menurut Bung dakwaan UMNO di Sabah telah kehilangan ahli merupakan satu pembohongan dan ini telah  terbukti dengan kehadiran yang memberangsangkan ahli-ahli UMNO pada setiap persidangan bahagian yang telah diadakan.

" Ahli UMNO sedar parti ini sekarang sebagai pembangkang tiada keistimewaan yang kita sediakan untuk mereka hadir ke mesyuarat mesyuarat bahagian ,namun semangat mereka bersama UMNO masih kukuh dan mereka adalah pejuang sejati bermaruah dan berprinsip " katanya ketika berucap dihadapan lebih dari 2,000 orang perwakilan dan pemerhati di perasmian serentak mesyuarat perwakilan pergerakan Wanita,Pemuda,Puteri dan UMNO bahagian Beaufort di dewan masyarakat Pak'Musa dekat sini pada selesa.

Zahid dan Bung (tengah) bersama kepimpinan UMNO Bahagian Beaufort  bersemangat menyanyikan lagu UMNO semasa majlis tersebut

Majlis perasmian mesyuarat perwakilan tersebut dirasmikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk  Dr Shamsul Anwar Nasarah  Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Datuk Yakub Khan Pemangku Ketua UMNO bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah ,Pengerusi Pelaksana persidangan Abdullah Haji Ukin dan Wakil Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Kamarlin Haji Ombi.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO di beberapa bahagian beliau menerima laporan ada ahli UMNO yang diugut dan  didesak menyertai BERSATU  dan ada  pemimpin cuba mensabotaj mesyuarat bahagian dengan mengadakan  program lawatan dan lain lain dengan harapan jumlah kehadiran ahli UMNO ke persidangan berkurangan dan persidangan tidak dapat diadakan kerana kekurangan korum.

" Inilah sikap mereka (pemimpin tertentu ) terutamanya dari BERSATU yang enggan menerima hakikat ,saya yakin ahli UMNO walau pun jasad mereka dipenjara tapi semangat dan roh perjuangan mereka akan kekal bersama UMNO " tegas Bung.

Tambah Bung melihat kepada semangat ahli ahli UMNO ini, memberi isyarat mereka bangkit memberikan amaran kepada pemimpin mereka yang melompat parti yang telah mengkhianati perjuangan dan sokongan mereka selama ini untuk diketepikan pada PRU akan datang.

" Mereka keluar parti kerana membawa perjuangan peribadi tanpa berbincang dengan ahli-ahli di peringkat akar umbi justeru pada PRU akan datang mereka wajar diketepikan" jelas Bung

Sehubungan dengan itu Ketua UMNO bahagian Kinabatangan itu mengajak ahli-ahli UMNO agar terus mengekalkan memontum sokongan kepada UMNO bagi mempastikan pati Pakatan Harapan dan Warisan ditolak oleh rakyat pada PRU akan datang yang memungkiri janji dan gagal mentadbir negeri dengan baik bagi membawa kesejahteraan dan keharmonian kepada  rakyat .


0 ulasan:

Catat Ulasan