![]() |
| Bung dan Tajuddin dd(tengah) bersama ribuan perwakilan yang hadir ke mesyuarat perwakilan tersebut |
SANDAKAN: Kehadiran hampir tiga ribu orang perwakilan ke dan pemerhati mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kinabatangan di Dewan Kegiatan Murid SMKJK Tiong Hua Sandakan Sabtu lepas membuktikan UMNO masih mendapat sokongan rakyat khususnya di bahagian Kinabatangan dan belum terkubur sebagaimana dakwaan beberapa individu pemimpin di kawasan tersebut.
Tanpa mendabik dada Ketua Bahagianya Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata kehadiran luar biasa ini membuktikan solidariti yang ditonjolkan oleh ahli bukan sahaja melambangkan kekuatan parti malah menunjukkan UMNO sudah bersedia bangkit menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) . “Kehadiran luar biasa ini melambangkan kekuatan, solidariti dan sokongan padu rakyat terhadap UMNO malah menunjukkan UMNO dapat menyesuaikan dengan keadaan semasa sekali gus menjadikan parti itu masih relevan. “ Saya yakin perwakilan dan pemerhati yang hadir berbekalkan semangat ,ini kerana dalam keadaan kita sebagai parti pembangkang tidak ada keistimewaan apalagi imbuhan yang kita janjikan namun mereka bersemangat dan masih setia kepada perjuangan parti " katanya
![]() |
| Antara pemimpin UMNO Sabah yang turut hadir ke majlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kinabatangan. |
Menurut Bung walaupun dilaporkan di media beribu ahli UMNO dibahagian itu telah meninggalkan Umno dan menyertai parti itu dan ini namun laporan tersebut hanya spekulasi semata mata apa yang jelas hanya pemimpin UMNO tertentu sahaja menyertai lain lain parti dengan mengadaikan tindakan mereka demi kepentingan rakyat.
Beliau yang juga Pengerusi UMNO Sabah berkata demikian ketika menggulung perbahasan di akhir mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kinabatangan yang dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato'Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman .
Menurut Bung, sokongan tidak berbelah bahagi rakyat khususnya ahli ahli UMNO memberi satu kekuatan dan keyakinan baharu kepada pemimpin parti termasuk beliau sendiri untuk meneruskan perjuangan bagi mempastikan Parlimen Kinabatangan dipertahankan dan dua DUN Sukau dan Kuamut akan dirampas kembali pada PRU ke 15 akan datang.
![]() |
| Bung menyampaikan cendera kenangan kepada Tajuddin selepas merasmikan mesyuarat perwakilan tersebut. |
Bung Menambah rakyat mula sedar kerajaan PH dan Warisan telah gagal melaksanakan janji janji mereka dalam pru yang lalu
"Ternyata kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan tidak mampu mengurus negara dan rakyat, sudah 14 bulan memerintah tidak nampak kebaikan dan manfaat yang rakyat perolehi selain bebenan kos sara hidup semakin meningkat segala bantuan kepada golongan yang memerlukan ditiadakan pembangunan gagal digerakkan " katanya









0 ulasan:
Catat Ulasan