![]() |
| Bung (tengah) bersama kepimpinan dan perwakilan UMNO bahagian Batu Sapi semasa persidangan tersebut |
SANDAKAN : UMNO Sabah bersikap terbuka dan tidak menghalang mana-mana ahlinya yang keluar untuk bersama semula parti itu.
Pengerusinya Dato Sri Bung Moktar Radin berkata ,di peringkat negeri sentiasa memberi kebebasan kepada ahlinya untuk menilai apa yang terbaik.
![]() |
| Bung menerima cendera kenangam dari Pemangku Ketua UMNO bahagian Batu Sapi selepas merasmikan mesyuarat tersebut |
“UMNO Sabah tiada halangan. Kita terbuka dalam hal ini, biarkan pilihan terbuka, kita beri kebebasan ahli menilai apa yang tidak baik atau sebaliknya" katanya ketika diminta mengulas isu kemasukan semula bekas Ketua UMNO bahagian Papar Seri Panglima Abdul Rahim Ismail bersama UMNO selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Batu Sapi baru baru ini.
![]() |
| Antara pemimpin dan perwakilan yang hadir ke persidangan tersebut |
Abdul Rahim yang sebelum ini menyertai PBBM telah mengambil keputusan untuk kembali bersama UMNO.
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Abdul Rahim sebagai pemimpin berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam membawa kemasukan UMNO ke Sabah sudah tentu beliau melalui beberapa proses setelah meninggalkan UMNO.
" UMNO Sabah mengalu-alukan penyertaan beliau (Abdul Rahim) bersama UMNO,bagaimana pun ianya akan melalui proses biasa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh parti" tambah Bung.
![]() |
| Bung bersalaman dengan ahli jawatankuasa pergerakan Wanita UMNO bahagian Batu Sapi sejurus tiba di majlis tersebut. |
Menurut Bung lagi rakyat sedar bahawa Umno telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat dari sebelum merdeka sehingga dalam pengisisn kemerdekaan
"Kita harus ingat Sabah mula membangun dalam era BN dan Umno mula memerintah di Sabah,Abdul Rahim sedar bahawa PBBM bukanlah sebuah parti yang dan Inklusif yang dapat menyatu padukan rakyat, malah hubungan hambar antara PBBM dengan parti Warisan yang menerajui kerajaan negeri akan merancatkan lagi kestabilan politik dan membantutkan usaha membawa kemajuan untukn negeri Sabah " jelas Bung.
Terdahulu berucap merasmikan persidangan tersebut Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan mengajak rakyat khususnya ahli ahli UMNO agar bangkit bersama menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan pada PRU ke 15 akan datang.
Katanya rakyat perlu sedar kerajaan (PH) dan Warisan tidak mampu membawa kemakmuran seperti dijanjikan, sebaliknya menambah penderitaan.
Menurut beliau kerajaan PH dan Warisan gagal dalam tempoh setahun pentadbiranya apabila banyak janji sebelum PRU 14 tidak ditunaikan .
" Kerajaan PH dan Warisan tidak mampu mengemukakan polisi dan dasar baharu dalam tempoh tersebut " katanya










0 ulasan:
Catat Ulasan