![]() |
| MENCABAR...Jamawi, Azlan dan peserta lain melalui cabaran yang mendabarkan semasa aktiviti rafting di sungai Padas. |
KEMABONG : Dalam usaha membantu pelajar yang kurang berkemampuan agar tidak tercicir dari menerima pendidikan,Sekolah Kebangsaan Pangi dekat ini telah mewujudkan Tabung Pendidikan Anak Pangi atau akronimnya (TAPAI)
Guru Besar sekolah tersebut Azlan Salim (gambar kecil) berkata idea tersebut tercetus pada 9 Febuari 2018 dan hasil permufakatan antara pihak sekolah, Persatuan Ibubapa Guru serta komuniti setempat ianya digerakkan dalam satu organisasi yang mana beliau sendiri menjadi pengerusikanya serta melibatkan penyertaan guru guru, PIBG serta komuniti setempat.
![]() |
| Guru Besar Sk Pangi Tenom Azlan Salim |
“ Kita melihat beberapa isu ,cabaran dan kakangan pendidikan di kampong ini, apalagi sekolah ini terletak di kawasan pedalaman yang kebanyakan ibubapanya dari keluarga yang kurang berkemampuan, justeru idea ini dikembangkan dimana usaha membangunkan modal insan dari segi keperluan pendidikan prasarana malahan penduduk setempat memerlukan satu pendekatan holistik agar potensi dan persekitaran yang terdapat dikampung ini dapat dimanafaatkan untuk merealisasikan pengwujudan tabung ini” katanya ketika ditemui di sini.
Menurut beliau kampong Pangi walaupun jaraknya hanya 13 kilometer dari pekan Tenom namun ianya hanya boleh dihubungi melalui sistem pengangkutan keretapi yang hanya beroperasi dua kali sehari antara faktor menjadi kekangan pembangunan ke kawasan ini sukar digerakkan.
“ Melihat kepada eco sistem di persekitaran kampong ini yang berpoetansi dimajukan dalam sektor pelancongan TAPAI ini digerakan melalui potensi yang ada, dimana impian kita untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah pelancongan digerakkan bersama komuniti setempat agar keindahan yang ada dapat dimajukan melalui sektor pelancongan. Melalui kutipan bayaran dari pelbagai pakej yang disediakan sebahagian daripada hasil kutipan tersebut disumbangkan untuk tabung TAPAI .Selain itu ianya juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat khususnya golongan belia untuk menjana sumber ekonomi mereka seharian” tambah Azlan.
Azlan berkata selain sumbangan kewangan orang ramai juga boleh membantu tabung ini melalui sumbangan bahan bahan bacaan , buku buku rujukan,perlatan sekolah dan juga bantuan bantuan mengajar murid secara sukarela (klas tusyen) bagi matapelajaran seperti bahasa inggeris, sains, matemtik dan lain lain mata pelajaran
Terdapat beberapa tempat menarik boleh dilawati ke kawasan ini terutamanya bagi peminat aktiviti sukan lasak antaranya rafting sungai padas, cabaran menyebarangi sungai , menaiki sampan kayu, rakit bamboo,menjelajah hutan ke air terjun Pangi, menyebarangi jambatan gantung terpanjang, perkhemahan , persembahan kebudayaan dan hasil kraftangan merupakan antara prodak prodak yang menarik dan mencabar yang memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung ke kampong Pangi.
“ Kita melahirkan harapan selepas ini satu Koperasi yang digerakkan oleh komuniti kampung akan mengerakkan sepenuhnya pusat pelancongan dikampung ini dan selain itu kita mengharapkan sokongan dari semua pihak komuniti setempat, badan badan NGO dan syarikat swasta untuk sama sama membangunkan kawasan ini sebagai satu distenasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi” katanya.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar bersama rombongan dari UPPM Kemabong, Majlis Guru Besar Daerah Tenom, Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) Wira Parti Warisan Bahagian Tenom yang bercuti dan menyertai cabaran Pangi Ecochallenge 2019 ketika ditemui berkata, usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah serta komuniti setempat yang mengwujudkan tabung pendidikan tersebut dengan memanafaatkan persekitaran yang ada sebagai sumber untuk mencari kewangan bagi mengisi (TAPAI) merupakan satu usaha murni dan perlu disokong oleh semua pihak khususnya penduduk setempat
“ Ini suatu usaha yang murni kreatif, inovatif dan berinvoasi yang perlu menjadi contoh teladan kepada sekolah sekolah lain di negeri ini agar mengambil satu langkah serta pendekatan yang proaktif bagi membantu memperkasakan mutu pendidikan negara dan mempastikan pelajar pelajar di luar bandar tidak tercicir dari arus pembangunan pendidikan sekali pun berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti faktor kemiskinan keluarga dan kekurangan prasarana dan sebagainya ” katanya.
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan ,usaha yang dilakukan oleh SK Pangi dan Komuniti setempat merupakan satu anjakan paradigma dimana kebergantungan untuk memperkasakan mutu pendidikan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada pihak kerajaan namun semua pihak perlu membentuk satu pasukan untuk sama sama membangunkan modal insan melalui pendidikan dalam mengisi keperluan negara untuk menjadi negara maju dan terus membangun.
Bagi Yang Dipertua PIBG SK Pangi Rihani Saibibi (gambar kecil ) idea yang dicetuskan oleh Guru Besar Sk Pangi ini merupakan satu langkah yang proaktif bagi memajukan pendidikan di sekolah tersebut dan pihak PIBG akan memberikan sokongan padu terhadap usaha murni ini demi masa depan anak anak kampong Pangi.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pangi Jaidi Liar pula berkata ,usaha pihak sekolah dan khususnya Guru Besar Sk Pangi bukan sahaja membantu membangunkan sektor pendidikan di kampong tersebut namun dapat menjana pembinaan modal insan secara menyeluruh yang melibatkan penyertaan penduduk kampong untuk merebut peluang serta potensi yang ada khususnya dalam sektor pelancongan sebagai sumber untuk mereka menjana pendapatan seharian.














0 ulasan:
Catat Ulasan