Jumaat, 5 Julai 2019

KEMABONG DITRANSFORMASI DENGAN PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN

Jamawi mendengar taklimat dari pegawai LPPB dan pemaju semasa perjumpaan tersebut 

KEMABONG :  Terlaksananya dua projek iaitu pembinaan lot kedai komersil dan pusat kraftangan di Pekan Kemabong  akan menjadi satu lagi pencetus perubahan daerah ini,sekali gus bakal mengubah landskap pembangunan di daerah kecil Kemabong 

Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata terlaksananya dua projek ini kelak akan membawa impak sosio ekonomi di kawasan luar bandar  khususnya di daerah itu.


“  Terlaksananya dua projek ini akan memberi peluang kepada golongan peniaga berniaga di satu kawasan yang lebih selesa dan teratur termasuklah pengusaha-penguasaha kraftangan tempatan dan ini sekali gus  peluang ekonomi akan dipertingkatkan " katanya semasa ditemui selepas mendengar taklimat dan perbincangan bersama pegawai pegawai Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar bersama kontraktor pelaksana di urusetia kecil Kemabong Kemarin.



Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Djamiluddin Kamarudin.


Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan  syarikat pelabur  tempatan dan luar  juga pasti akan mengintai peluang pelaburan di kawasan ini sekali gus ianya dapat mengwujudkan pelbagai sektor pekerjaan termasuk pekerjaan baharu.

" Saya berkeyakinan walaupun Pekan Kecil Kemabong terletak di kawasan Pedalaman namun dengan usaha serta strategi pemasaran yang berkesan terutamanya dalam produk produk yang kita ada dalam sektor pertanian,pelancongan kraftangan dan sebagainya orang luar akan berkunjung ke sini" katanya

Menambah keyakinan tersebut Jamawi berkata apabila projek naik taraf jalanraya antara Pekan Kemabong ke Rundum Highlands siap kelak Pekan Kemabong akan menjadi pekan persinggahan bagi pengunjung yang akan melawat dan bercuti di Rundum Highlands .

" Rundum Highlands sudah mula dikenali oleh pelancong dalam  dan luar negeri ketika ini dan apabila penambahbaikan sistem perhubungan jalanraya ke kawasan ini dilaksanakan kelak ,ianya akan menjadi pemangkin kepada daerah kecil Kemabong bergerak maju setanding dengan lain lain daerah di negeri ini" tambah Jamawi

0 ulasan:

Catat Ulasan