KOTA
KINABALU:
UMNO Sabah menafikan yang parti tersebut dikuasai oleh penyakit sindrom penafian
apabila sebilangan ahlinya melompat menyertai parti lain selepas PRU ke 14.
Pengerusinya Dato Sri Bung Moktar Radin (
gambar) berkata memang terdapat segelintir ahli parti yang mengikut pemimpin
masing- masing menyertai parti lain terutamanya parti BERSATU namun,ianya tidak menjejaskan kedudukan Umno di negeri ini.
“ Kita akui ada ahli Umno menyertai parti lain
khususnya parti BERSATU kerana terpengaruh dengan pemimpin mereka masing masing
yang tidak berintegriti dan memiliki prinsip perjuangan dan lebih mengutamakan
kepentingan peribadi” katanya ketika ditemui di sini dan diminta mengulas kenyataan Ketua Pimpinan BERSATU
Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor di media ahad lepas yang mendakwa UMNO Sabah dikuasai penyakit sindrom penafian kerana kehilangan ahli yang menyertai parti BERSATU
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi
Umno bukan sahaja segelintir pemimpin UMNO Sabah yang melompat menyertai
partI BERSATU malahan dokumen dokumen
rasmi pejabat UMNO di beberapa bahagian termasuk daftar keahlian ahli parti pun
mereka bawa melompat bersama.
“ Tidak mustahil ahli-ahli yang didaftarkan
dalam parti BERSATU adalah ahli-ahli UMNO yang terdapat dalam senarai keahlian
UMNO di bahagian masing-masing sebelum ini, jika tidak dari mana mereka
mendapat ahli sejumlah yang dinyatakan sedangkan ketika mereka ( pemimpin) UMNO yang melompat ke parti
BERSATU, ahli UMNO diperingkat akar umbi tidak dimaklumkan malah ada pemimpin
lain terlibat tapi mereka sedar matlamat sebenarnya yang akhirnya mereka bertahan berjuang bersama parti UMNO” jelas Bung.
Tambah Bung UMNO Sabah masih kukuh setelah pemutihan dilakukan , masih ada
ahli-ahli yang setia di peringkat akar umbi bersama meneruskan perjuangan UMNO, mereka sebenarnya adalah pejuang sejati berprinsip dan bermaruah meskipun mereka tidak memiliki apa apa jawatan
atau kedudukan tapi masih setia bersama Umno berbanding dengan pemimpin UMNO
yang melompat parti yang kufur nikmat terhadap jasa dan sumbangan UMNO selama
ini.
“ Jika kita menghadapi masalah keahlian UMNO
tidak mungkin kita dapat mengadakan mesyuarat perwakilan di beberapa bahagian
yang telah bersidang dengan jayanya, malah ahli yang hadir yang tidak diberikan
sebarang imbuhan tapi mereka masih setia berjuang bersama-sama UMNO” tambah Bung.
Menurut Bung lagi kehadiran ahli-ahli
UMNO di setiap mesyuarat perwakilan bahagian yang telah diadakan membuktikan sokongan mereka masih padu
kepada perjuangan UMNO dan ini menafikan ahli UMNO menolak pemimpin UMNO Sabah
kerana penyalahgunaan kuasa dan korap sebagaimana dakwaan Hajiji
“ Siapakah yang beliau ( Hajiji) maksudkan
pemimpin UMNO Sabah yang ditolak oleh ahli UMNO Sabah kerana penyalahgunaan kuasa
dan korap apakah ianya merujuk kepada Bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Bekas
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Tan Sri Musa Haji Aman yang belum pun
dibuktikan di mahkamah bahawa beliau terlibat dengan rasuah? Soal Bung.
Sebaliknya Bung berkata sebilangan pemimpin UMNO
Sabah yang melompat ke parti BERSATU kerana menyelamatkan kedudukan mereka
daripada sebarang tindakan.
“ Kita maklum semasa berada dalam UMNO mereka
(pemimpin) banyak mendapat keistimewaan dari UMNO malah diberikan kuasa
sebagai menteri dan lain-lain, justeru jalan selamat memilih bersama-sama
kerajaan bagi mengelak sebarang tindakan” katanya.
Mengenai dakwaan Hajiji UMNO Sabah gagal
memainkan peranan bagi membantu kemenangan calon PBS semasa (PRK)Parlimen Sandakan ,Bung yang juga Ketua
Umno bahagian Kinabatangan berkata (PRK) Parlimen Sandakan bukanlah kayu pengukur
kekuatan UMNO di Sabah ini disebabkan UMNO sendiri tidak pernah bertanding di
kawasan Parlimen Sandakan .
“ Semua maklum Parlimen Sandakan adalah
kawasan DAP , kehadiran UMNO pada (PRK) Parlimen Sandakan hanya membantu parti
PBS dari blok pembangkang, ianya tidak wajar dijadikan kayu pengukur kekuatan
UMNO di Sabah, jika Hajiji ada keraguan tunggu sahaja pada PRU akan datang
,Ahli UMNO akan bangkit semula menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang tidak
memenuhi janji malah membawa banyak kesengaraan kepada rakyat” jelas Bung.







0 ulasan:
Catat Ulasan