Madius yang juga Presiden UPKO dalam status yang dimuat naik di media sosial milik peribadinya pada Ahad menulis, 38 tahun yang lalu, seorang pemimpin Kerajaan Negeri Sabah berada di Tambunan mengadakan upacara pengislaman beramai ramai. Ramai yang terpaksa ikut kerana pelbagai ugutan seperti, tidak masuk Islam tidak dapat Tanah, tidak dapat kerja
Ketua Penerangan Badan Belia Usia Sabah Jaafar Abdul Wahid (gambar) berkata kenyataan Madius di media sosial tersebut menguris hati umat Islam di seluruh negara dan memberikan gambaran keganasan seolah olah Agama Islam adalah agama paksaan.
Menurut Jaafar Islam tidak pernah memaksa sesiapa memeluk Islam malah di dalam AL Quran sendiri Allah SWT berfirman "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)
Jaafar berkata catatan Madius di Halaman Media Sosialnya terlalu prajudis kepada Umat Islam dan beliau perlu bertanggungjawab membuktikan tuduhan beliau berlakunya ugutan memeluk agama Islam olej pemimpin yang dimaksudkan
" Kita faham beliau (Madius ) membodek bosnya kerana meluluskan peruntukan RM1 juta membaiki Gereja ,tidak salah menghargai ketulusan kerajaan dan Ketua Menteri meluluskan peruntukan tersebut yang membuktikan kerajaan adil kepada semua bangsa dan agama di negeri ini, tapi jangan kaitkan Agama Islam dengan keganasan ,paksaan dan ungutan kepada yang bukan Islam memeluk agama Islam" tegas Jaafar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Menurut Jaafar sebagai Pemimpin nombor dua di negeri ini Madius seharusnya berhati hati dan berhemah sebelum mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan tahap keharmonian dan perpaduan rakyat di negeri ini yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama .
" Belia Usia Sabah berharap Madius menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh Umat Islam di negara ini sebelum 26 bahagian Belia Usia di negeri ini tampil membuat laporan Polis" tambah Jaafar







Saya menyokong tindakan Badan Belia USIA Sabah.
BalasPadamSaya menyokong tindakan Badan Belia USIA Sabah.
BalasPadamSaya menyokong tindakan Badan Belia USIA Sabah.
BalasPadam