Khamis, 30 Mei 2019

TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CSR) PERLU DIJADIKAN BUDAYA TANPA MUSIM: IR MUSTAPA


Datuk Ir Mustapa menyampaikan sumbangan kewangan untuk tabung surau sempana majlis tersebut

SIPITANG  Aktiviti membantu golongan kurang bernasib baik seharusnya tidak hanya dilakukan pada bulan Ramadan atau menjelang musim perayaan semata-mata, sebaliknya ia disaran dijadikan sebagai amalan serta budaya berterusan.

Menyedari hakikat ini Syarikat Jurutera Perunding Mustapa dan Rakan Rakan bersama syarikat Kembara Kaya Sdn Bhd tampil menghulurkan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan terdiri ibu tunggal,anak yatim  (OKU) dan warga emas

Datuk Ir Mustapa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempana majlis tersebut.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pengarah Urusan Syarikat Datuk Ir.Mustapa Kassim di Surau Haji Abdullah Kampung Lumut Sipitang baru baru ini.

Ir Mustapa ketika ditemui selepas majlis ini berkata penyampaian sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial syarikat kepada golongan yang memerlukanya.

" Program ini adalah program tahunan syarikat bagi membantu golongan sasar terutamanya dibulan ramadahan dan menyambut kedatangan hari raya aidilfitri dan berharap sedikit sumbangan dari kami dapat meringankan beban disamping menceriakan lagi sambutan hari raya aidilfitri kepada penerima" katanya.

Datuk Ir Mustapa (tiga dari kiri) bersama penduduk setempat menikmati jamuan berbuka puasa sempana majlis tersebut.

Menurut Ir Mustapa golongan kurang berkemampuan   perlu diberi perhatian terutama bagi memastikan aspek kebajikan mereka tidak diabaikan.

“Kita gembira dan sangat menyambut baik budaya beramal menerusi penganjuran program sumbangan dan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik ini.

“Namun pada masa sama kita berharap golongan ini dapat dibela dan diberi perhatian sepanjang masa dan tidak terhad hanya dibantu apabila tiba musim perayaan sahaja,” ujarnya.

Datuk Ir Mustapa (tiga dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankuasa surau tersebut.

Malah katanya, ia juga membuktikan, bukan sahaja kerajaan, bahkan badan korporat, pertubuhan sukarela serta individu turut mempunyai semangat bantu membantu yang tinggi.

Dalam pada itu Ir Mustapa turut menyarankan agar
syarikat korporat boleh mainkan peranan lain dalam membantu golongan terbabit dengan memberi pendedahan melalui pelbagai inisiatif dalam ekonomi mereka.

Sebahagian dari penduduk kampung yang hadir ke majlis tersebut.

Katanya, syarikat korporat yang mahir dalam perniagaan seharusnya membimbing golongan asnaf meliputi pelbagai cabang ilmu termasuk perniagaan, pengurusan kewangan, operasi, pemasaran dan lain-lain.

"Syarikat-syarikat koprat yang sudah ternama  perlu mengambil kira pengambilan pekerja golongan ini seperti operator perindustrian mahupun jawatan lain bagi memastikan mereka punyai jawatan tetap  dan boleh berdikari bagi membolehkan mereka berupaya menyara kehidupan bersama keluarga" katanya

Pada majlis tersebut Ir Mustapa selain menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan juga turut menyampaikan sumbangan kewangan untuk tabung Surau Haji Abdullah kampung Lukut Sipitang.


0 ulasan:

Catat Ulasan