![]() |
| DIHARGAI Jamawi menerima cendera kenangan dari bekas Guru Besar Bakuku yang diraikan Musiah Ponsoi sempana majlis tersebut. |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata ,adalah wajar jasa guru diiktiraf dihargai dan dihormati setiap masa.
![]() |
| MESRA..Jamawi disambut oleh bekas Guru besar Bakuku Musiah Ponsoi dan guru guru sejurus tiba ke majlis tersebut |
Katanya guru merupakan pemimpin dan tokoh di bilik darjah ,mereka memikul tanggungjawab besar selain menjadi contoh untuk mengamalkan nilai nilai yang baik.
" Bagi seorang guru mengajar hanya sebahagian tugas kerana apa yang lebih penting untuk mendidik dan memberikan motivasi kepada generasi muda yang akan menjadi pemimpin masa depan negara " katanya ketika berucap merasmikan majlis persaraan wajib Guru Besar Sk Bakuku Musiah Ponsoi di kampung Alutok baru baru ini
![]() |
| KENANGAN..Jamawi dan Musiah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama majlis guru Besar Daerah Tenom dan guru guru di sekolah tersebut. |
Hadir sama yang diraikan bekas Guru Besar Bakuku Musiah Ponsoi , Yang Dipertua Majlis Guru Besar Tenom Hassan Basri ,guru guru Sk Bakuku dan ahli jawatankuasa Majlis Guru Besar Daerah Tenom.
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan peranan guru pada masa kini semakin mencabar dan ketika negara dalam perjalanan mencapai impian menjadi negara maju ,mereka turut memikul tanggungjawab besar untuk memacu pembangunan negara .
" Kerajaan sedar masih banyak kekangan bagi guru guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar terutamanya kemudahan prasarana ,namun cabaran ini diharapkan tidak melemahkan semangat guru guru untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik " katanya.
Jamawi berkata kerajaan khususnya kementerian pendidikan sentiasa peka dan prihatin dengan masalah ini dengan berusaha mencari jalan bukan sahaja memperkasakan dan meningkatkan mutu pendidikan namun dalam masa yang sama berusaha meningkatkan kemudahan insfrastruktur sekolah dinegara ini.
![]() |
| TERBAIK..Jamawi bersama Musiah serta guru guru menunjukkan isyarat terbaik sebagai penghargaan kepada guru yang diraikan |
"Pengorbanan dan kesungguhan guru perlu dihargai semua pihak termasuk ibubapa ,kita sedar mereka yang bertugas terutamanya di sekolah luar bandar berhadapan dengan pelbagai cabaran namun dengan kesungguhan mereka mendidik terdapat sekolah luar bandar mampu mencipta kecermalangan bidang kurikulum dan kokurikulum" katanya










0 ulasan:
Catat Ulasan