Ahad, 26 Mei 2019

ADUN KEMABONG AGIHKAN BUBUR LAMBUK DAN BUAH KURMA KEPADA PENGGUNA JALANRAYA


Jamawi ditemani oleh Isterinya mengagihkan bubur lambuk dan buah kurma kepada salah seorang pengguna jalanraya semasa majlis tersebut

KEMABONG: Sejumlah 820 pick bubur lambuk dan buah kurma telah diagih-agihkan kepada pengguna jalanraya antara Pekan Tenom dan Kemabong

Majlis penyerahanya disempurnakan oleh Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar diringi oleh isterinya Zainatunnisa Ibrahim dan kaki tangan Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kemabong  di kampung Amboi petang kemarin.

Menurut Jamawi program agihan Bubur Lambuk dan Buah Kurma kepada pengguna jalanraya di kawasannya tersebut merupakan program tahunan beliau semasa  bulan Ramadhan .

" Kita agihkan kepada semua pengguna jalanraya yang melalui jalan antara Tenom dan Kemabong tanpa mengira bangsa dan agama agar mereka sama sama berkongsi rezeki dan kemeriahan di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini" katanya ketika ditemui selepas majlis anggihan tersebut

Jamawi bersama isteri membantu petugas lain mengaul bubur lambuk untuk diagihkan kepada pengguna jalanraya 

Dalam perkembangan lain Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan turut mengingatkan pengguna jalanraya di negeri ini agar berhati hati memandu terutamanya di musim perayaan untuk kembali ke kampung masing-masing  bercuti berhari raya bersama keluarga.

Katanya dimusim cuti dan perayaan sebegini  sudah tentu  berlaku kesesakan  di jalanraya yang memerlukan pengguna perlu berhati hati,berhemah dan bersabar ketika memandu .

" Rancanglah setiap perjalanan pestikan kenderaan dalam keadaan yang selamat dan berehatlah jika keletihan memandu terutamanya mereka yang terlalu jauh memandu  untuk menuju ke kampung halaman masing-masing " katanya .



0 ulasan:

Catat Ulasan