![]() |
| Bung menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempana majlis tersebut |
Nasihat itu dilontarkan oleh Ketua UMNO bahagian Kinabatangan Dato' Sri Bung Moktar Radin yang mahu agar apa jua cabaran dan dugaan dihadapi bersama oleh seluruh ahli parti disemua peringkat.
![]() |
| Bung berbual mesra bersama ahli ahli UMNO yang hadir ke majlis tersebut |
Beliau menegaskan UMNO Sabah yang masih boleh bertahan diperingkat cawangan yang sehingga kini belum ada cawangan yang dibubarkan meskipun ada sebalingan ahlinya berpindah arah menyertai parti lain namun masih ada ahli yang masih setia dengan perjuangan Umno.
" Hari ini saya memenuhi undangan Umno Zon Bukit Garam untuk majlis berbuka puasa,amat terkejut dan terharu rupanya masih ada jemputan serta kehadiran ahli UMNO dan masyarakat setempat menunggu ketibaan rombongan kami meskipun ada dakwaan setengah pemimpin terutamanya di kawasan ini yang menyatakan UMNO Sabah khususnya di bahagian Kinabatangan sudah terkubur" katanya dalam nada tersenyum ketika ditemui selepas majlis tersebut.
![]() |
| Bung ketika menyampaikan amanat di majlis tersebut |
Menurut Bung yang juga pengerusi UMNO Sabah parti itu mempunyai tanggungjawab kepada ahli dan pemimpin. Ciri-ciri kesetiaan ini dapat memantapkan lagi kekuatan UMNO Sabah yang diakui dihormati oleh kawan dan lawan.
“Dengan sambutan ini UMNO Sabah masih kuat dan mantap, dan ini semua adalah hasil kesetiaan dan keikhlasan setiap ahli parti,” katanya
![]() |
| Antara ahli ahli UMNO Zon Bukit Garam yang hadir ke majlis tersebut |
Beliau menjelaskan, UMNO sedar akan kesetiaan kepada parti amat penting dan aspek itu seringkali diberi penekanan kepada setiap ahli UMNO dan BN.
“Kalau kita amalkan, kita akan berada dalam landasan yang betul. Kita tidak pernah meninggi diri dengan apa yang kita laksanakan sebelum ini kepada rakyat Sabah khususnya ahli UMNO dalam aspek pembangunan dan kebajikan rakyat" katanya
Menurut Bung beliau mendengar keluh kesah bukanya sahaja ahli UMNO malah rakyat keseluruhanya tentang cabaran ekonomi yang semakin merundum ,soal kos Sarah hidup yang memeritkan ,kebajikan rakyat termasuk aspek pembangunan tidak ada perubahan walaupun kerajaan Warisan sudah berusia setahun mengambil alih tepuk pemerintahan kerajaan negeri.
Pada majlis tersebut Bung juga turut menyampaikan sumbangan UMNO bahagian Kinabatangan kepada golongan asnaf di sekitar kampung Bukit Garam.










Alhamdulillah dato sri,
BalasPadamSemoga di bulan yg mulia ini umno terus Mara ke hadapan.
In syaa Allah
Alhamdulilah majlis Berbuka Puasa UMNO ZON BUKIT GARAM bersama dgn YB DSBM satu program diluar jangkaan dgn kehadiran masyarakat setempat mencacah lebih drpd seribu orang mereka rindukan kepada YB DSBM selaku Pengerusi UMNO NEGERI SABAH.Tahniah kepada kesemuanya.
Padam