![]() |
| Gulam menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena majlis tersebut. |
KAWANG Seramai 1513 golongan asnaf terdiri dari golongan kurang bernasib baik ,ibu tunggal anak yatim piatu warga emas dan saudara baru menerima sumbangan dari Wakil Rakyat Kawasan Kawang Datuk Haji Gulam Haidar Khan Bahadar menerusi program Ziarah Ramadhan di Kawang Kemarin
Golongan sasaran yang layak menerima sumbangan ini datangnya dari beberapa buah kampung antaranya Kampung,Bendusan,Pengalat Kecil,Pengalat Besar,Kampung Sapat dan Beringis
![]() |
| Gulam tunduk sebagai rasa hormat kepada seorang warga emas salah seorang penerima bantuan. |
Setiap penerima membawa pulang barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak, gula, kopi, susu dan juga duit raya.
Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan sendiri oleh Gulam
Menurut Gulam program itu sebagai tanda prihatin beliau sebagai wakil rakyat terhadap golongan yang memerlukan di samping mengajak masyarakat untuk sama-sama membantu mengikut kemampuan masing-masing yang boleh disumbangkan dalam bentuk wang tunai mahupun barangan keperluan.
“Sempana bulan Ramadhan penuh keberkatan ini kita sampaikan sedikit sumbangan walaupun sederhana namun kita berharap mampu mengurangkan beban mereka yang menerima apalagi menjelang hari raya Aidil Fitri menjelang tiba ' katanya ketika ditemui selepas majlis ini.
![]() |
| Gulam bersalaman dengan penduduk setempat sejurus tiba ke majlis tersebut |
Menurut Gulam program seperti ini sudah menjadi kelinder tahunan beliau menjelang Ramadhan dan hari raya aidilfitri semenjak beliau menjadi wakil rakyat di kawasan. tersebut.









0 ulasan:
Catat Ulasan