Rabu, 8 Mei 2019

AHLI JAWATANKUASA BELIA USIA PUSAT DIKEKALKAN



Kepimpinan utama Badan Belia Usia  Pusat dikekalkan
KOTA KINABAKU: Badan Belia Usia Sabah mengekalkan barisan tertinggi ahli jawatankuasa Belia Usia Pusat sesi 2018/2021 dalam mesyuarat ahli jawatankuasa pertamanya yang diadakan di sini kemarin.

Ketuanya Jamawi Jaafar berkata tidak banyak perubahan yang dilakukan dari susunan ahli jawatankuasa belia pusat sebelum ini.

"Hanya beberapa tambahan ahli jawatankuasa terutamanya bagi ketua ketua belia bahagian yang baharu menjawat jawatan dimasukkan dalam susunan jawatankuasa belia pusat dan mengekalkan ahli jawatankuasa yang lama" katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pertama ahli jawatankuasa belia Usia pusat di sini malam kelmarin.

Jamawi (tengah empat dari kiri) ketika mempngeruskan mesyuarat pertama ahli jawatankuasa Belia Usia Pusat.

Bagi jawatan Naib Ketua Belia , kekal disandang Jamle ,jawatan,penolong Setiausaha Belia Usia Pusat Mohd Taslim Haji Tahir,Penolong Bendahari Azman Jantan  dan Ketua Penerangan kekal di sandang Jaafar Abdul Wahid.

Mereka yang dilantik semula ke jawatan ahli jawatan kuasa Usia Pusat terdiri dari Lokman Haji Madalis, Haji Ekbal Khalid ,Anwar Hamzah,Mohamad Salleh Mohamad Sufan Bahrin,Suhaidi Awang Damit, Erwan Syamri,  Faizal Julaili  dan Jamdin Mohd Soon

Sementara yang baharu dilantik ke jawatan Ahli Jawatankuasa Belia Usia Pusat yang baru dilantik  Mohd Shirin Abd Karim,Johari Haji Kimpi,MD Sufian Amirsah,Riduan Abdullah Lakriba dan Haji Yahya  Bakri .

Mengenai Biro Biro Jamawi yang juga Wakil Rakyat Kemabong berkata pengwujudan Biro Biro seperti Biro Dakwah  ,Penerangan ,Ekonomi dan Kewangan akan diputuskan pada mesyuarat akan datang.

Dalam pada itu menurut Jamawi lagi program program belia Usia akan diteruskan dan dilaksanakan mengikut zon seperti mana yang dilaksanakan sebelum ini dimana setiap zon akan bergabung tiga ke empat bahagian yang akan melaksanakannya secara bersama.

" Tahun ini kita memokaskan kegiatan belia Usia di bahagian Labuan,Papar,Kudat dan Beluran dimana pengerusi pengerusi zon akan berbincang bentuk kegiatan yang bakal mereka laksanakan" katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan