Sabtu, 1 Jun 2019

UMNO SABAH KESAL BSR GAGAL DILUNASKAN KEPADA PENERIMA MENGIKUT JADUAL

Bung bersama kepimpinan UMNO Sabah dan Ketua Ketua bahagian memotong pulut kuning sambutan UMNO ke 73 sempena majlis tersebut.

KOTA KINABALU: UMNO Sabah melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan kelewatan kerajaan membayar Bantuan Sara Hidup(BSH) fasa kedua  kepada sebahagian dari penerima yang layak menerima bantuan tersebut.

Pengerusinya Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata kelewatan ini menunjukan kerajaan Pakatan Harapan tidak efisien dan prihatin  membantu rakyat yang kurang berkemampuan di negara ini apa lagi dalam keadaan Umat Islam membuat persediaan menyambut kedatangan hari raya aidilfitri.

Bung turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf sempana majlis tersebut

Katanya alasan yang diberikan oleh kerajaan  kegagalan tersebut berpunca dari nombor akaun bank yang didaftarkan tidak tepat tidak relevan dan amat melucukan.

" Kita difahamkan selepas pembayaran pertama dibayar penerima yang layak diminta mengemaskinikan data peribadi di Lembaga Hasil Dalam Negeri termasuk secara dalam talian ,justeru alasan nombor akaun gagal didaftarkan tidak boleh diterima" katanya ketika ditemui selepas majlis iftar UMNO Zon 3  yang melibatkan UMNO Bahagian Papar ,Kimanis Beaufort dan Sipitang di Dewan Lok Kawi Height pada malam Ahad.

Bung bersama kepimpinan UMNO bahagian Papar 

Baru baru ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata kira kira 300,000 penerima BSH  tidak dapat menerima bantuan tersebut disebabkan nombor akaun yang didaftarkan tidak tepat.

Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan kegagalan ini mencerminkan kerajaan Pakatan Harapan  tidak efisien dalam agihan BSH kepada penerima yang layak.

" Bagi rakyat (penerima yang layak) bantuan ini walaupun kecil tapi amat bermakna untuk mereka  menampung kos sara hidup yang semakin membebankan,lebih lebih lagi bagi umat Islam membuat persediaan menyambut kedatangan lebaran" katanya

Tambah Bung berbeza semasa kerajaan BN menyediakan bantuan ini yang lebih dikenali BRIM bukan sahaja jumlah bantuan lebih tinggi dan agihannya kepada penerima tidak menghadapi banyak  masalah .
Antara ahli ahli UMNO yang hadir ke majlis tersebut

Terdahulu ketika berucap dihadapan lebih dari seribu orang ahli UMNO yang hadir ke majlis itu ,Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengajak ahli UMNO agar terus tabah yakin dan bersatu padu memperkukuhkan parti di peringkat akar umbi .

Katanya kekuatan UMNO bukan sahaja terletak kepada kesetiaan kepada prinsip perjuangan namun asas yang paling penting pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat perlu bersatu padu dan bergerak sebagai satu pasukan bagi menghadapi cabaran .

" Alhamdulillah UMNO Sabah masih ada 25 bahagian ,belum ada yang dibubarkan, malah lebih ramai pemimpin muda tampil bersama kita bagi meneruskan agenda membela bangsa agama dan negara " katanya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Datuk Yakub Khan,Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jefray Arifin dan pemangku pemangku Ketua Bahagian UMNO Zon 3

Pada majlis tersebut Bung juga menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf .


0 ulasan:

Catat Ulasan