![]() |
| Jamawi mendokong seorang bayi ketika melakukan ziarah bersama badan dakwah daerah dan Usia Bahagian Tenom ke Hospital daerah Tenom |
TENOM : Bersedekah dan membantu golongan kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan ini adalah perkara yang amat dituntut oleh Islam.
Justeru itu, setiap kali menjelang bulan penuh berkat ini, pelbagai pihak mengambil peluang menganjurkan aktiviti kebajikan dan program meraikan anak-anak yatim, fakir miskin ibu tunggal ziarah ke masjid dan surau dan mereka yang sedang mendapat rawatan di hospital
![]() |
| Jamawi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit semasa melakukan program ziarah ke Hospital Daerah Tenom. |
Sememangnya, aktiviti seumpama itu akan dapat meringankan beban golongan kurang bernasib baik.
Ini kerana, mereka juga sebenarnya berhak menikmati kegembiraan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri seperti orang lain.
![]() |
| Jamawi bersama isteri semasa ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf ke berapa buah kampung dikawasan DUN Kemabong . |
Amalan ini turut dilakukan oleh Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar sejak beberapa tahun lepas apabila bulan Ramadhan dan menjelang sambutan hari raya Aidil Fitri .
Menurut Jamawi yang juga Ketua Belia Usia Sabah tahun ini agak berbeza dengan program ziarah sebelum ini dimana pada tahun ini dibuat secara kolaborasi antara Pejabat Adun Kemabong,Badan Dakwah Daerah Usia Bahagian Tenom dan Belia Usia Sabah.
" Tahun ini kita gerakkan bersama program ziarah ini yang menzahirkan rasa simpati kita kepada golongan sasaran" katanya ketika ditemui selepas melakukan program ziarah di Hospital Daerah Tenom.
Mengiringi alatan beliau Pengerusi Badan Dakwah Daerah yang juga Penolong Pegawai Daerah Tenom Rusdi Haji Belum,Ketua Usia bahagian Tenom Piduman Haji Abdul Majid dan kaki tangan Pusat Khidmat DUN Kemabong.
Terdahulu sebelum ini Jamawi bersama rombongan juga turut melakukan ziarah ke berapa buah kampung antaranya kampung Angan Angan,China Mata dan kampung Pantonhan Sapong dalam kawasan DUN Kemabong rumah tahfiz AR Raudah kampung Mantailang dan Madarasah Tahfiz Nur Aisyah Tenom.
![]() |
| Menyampaikan sumbangan untuk anak anak Thafiz Ada Raudhah di kampung Mantailang Tenom |
Antara sumbangan yang disampaikan termasuklah bantuan keperluan makanan,pakaian dan juga duit raya.
" Kita berharap dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban disamping dapat menceriakan mereka menyambut kedatangan lebaran tahun ini" katanya











0 ulasan:
Catat Ulasan