Selasa, 7 Mei 2019

PEMIMPIN AKAR UMBI DIMINTA PERJELASKAN DASAR KERAJAAN DAN ISU SEMASA


Jamawi ketika menyampaikan amanat kepada pemimpin masyarakat akar umbi semasa perjumpaan tersebut

KEMABONG: Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar meminta semua pemimpin akar umbi khususnya  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ,Ketua Kampung Ketua Anak Negeri(KAN) dan Wakil Ketua Anak  Negeri (WKAN) supaya membantu menjelaskan dasar kerajaan dan isu semasa kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Sebagai penghubung kerajaan dan rakyat, katanya mereka perlu peka dan mengetahui semua dasar serta isu semasa.

"Untuk menjadi mata, telinga dan lidah kerajaan, pemimpin masyarakat perlu peka dan tahu apa yang dilakukan kerajaan supaya boleh memberi penerangan kepada rakyat, sekali gus mampu menangkis pelbagai fitnah yang memburuk-burukkan kerajaan," katanya.

Jamawi kiri menyaksikan penolong pegawai daerah Kemabong menyampaikan cendera kenangan kepada wakil PDRM sempana majlis tersebut

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan bersama Pemimpin masyarakat akar umbi DUN N.36 Kemabong dekat sini baru baru  ini .

Seramai 900 orang terdiri dari pengerusi MPKK,KAN,WKAN dari kawasan DUN Kemabong hadir pada perjumpaan tersebut yang juga turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Djamiluddin Kamaruddin Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang serta wakil wakil dari Jabatan dan agensi seperti KPLB (P), KPLB (Sabah), PDRM dan Bomba

Selain itu, beliau meminta pemimpin akar umbi supaya memberikan penjelasan dan gambaran sebenar mengenai usaha-usaha pembangunan di kawasan masing-masing selaras dengan hala tuju dan impian beliau sebagai wakil rakyat di kawasan itu .

"Ia penting untuk memantapkan lagi sokongan rakyat kepada kerajaan, pastikan kekuatan kerajaan di peringkat akar umbi terus kukuh," tambah beliau.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan beliau turut menyediakan perundingan meja bulat kepada setiap kampung untuk mereka merancang pelbagai program dan pembangunan kampung masing masing.

Sementara itu, Jamawi turut menyarankan Pengerusi MPKK menyediakan 'Profil Kampung' untuk mengetahui apa yang diperlukan oleh sesebuah kampung

0 ulasan:

Catat Ulasan