![]() |
| Jamawi meneliti hasil kraftangan masyarakat kampung berupa bakul yang dipemarkan sempana program tersebut |
KEMABONG: Rakyat khususnya golongan muda di luar bandar digalakkan menceburi perusahaan menghasilkan produk kraf tangan bagi merancakkan industri berkenaan sekali gus memastikan seni warisan itu mempunyai pelapisnya di masa hadapan.
Ahli dewan undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, industri kraf tangan kini dilihat mampu menjana pendapatan yang lumayan sekali gus dapat meningkatkan taraf ekonomi penggiatnya.
![]() |
| Jamawi bersalaman dengan penduduk kampung sejurus tiba di majlis tersebut |
Menurutnya, penglibatan lebih ramai golongan muda dalam penghasilan produk kraf tangan itu dapat memastikan kesinambungan produk seni tangan warisan itu tidak ditelan zaman.
“Kebanyakan pengusaha kraf tangan di negeri ini didominasi oleh orang lama dan tidak ramai golongan muda yang berminat untuk menghasilkan sesuatu produk kraftangan.
“Jika kita tiada pelapis dalam kalangan generasi baharu untuk menghasilkan produk kraf tangan ini, maka seni warisan ini tidak lagi dapat dilihat pada masa hadapan dan kita akan kekurangan tenaga mahir untuk menghasilkannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Rumah Tradisi Kraftangan Kampung Kapulu dan program Jalinan Mahabah anak Malaysia bersama Institit Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDS) di kampung Kapulu dekat sini baru-baru ini
![]() |
| Jamawi menurunkan tandatangan pada plag sebagai simbol perasmian Rumah Tradisi Kraftangan kampung Kapulu Kemabong |
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Djamiluddin Kamaruddin pengarah IPADS Keningau Mohamad Zamri Mohamad Shapik serta pemimpin masyarakat tempatan.
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan selaras dengan hasrat beliau menjadikan sektor pelancongan sebagai hala tuju bagi menjana taraf siso ekonomi rakyat di kawasan itu dan
kewujudan Rumah Tradisi Kraftangan tersebut boleh dijadikan sebagai Pusat Persinggahan Kraf Setempat kepada masyarakat di negeri ini, agensi pelancongan, pelancong dari dalam dan luar Kemabong.
![]() |
| Jamawi (tengah) merakamkan gambarkan kenangan bersama pelatih pelatih IPDS Keningau yang terlibat dalam program Jalinan Mahabah di kampung tersebut |
![]() |
| Jamawi turut menyampaikan set MYTV kepada wakil penduduk kampung sempana program tersebut |
" Dengan adanya hasil kraftangan dari bahan tempatan seperti rotan bambu manik dan lain lain yang diolah secara lebih kreatif dan menarik untuk dijadikan bahan kraftangan seperti bakul,topi.dan lain-lain ianya menjadi produk pelancongan sekali gus memberikan pendapatan kepada penduduk kampung" katanya.











0 ulasan:
Catat Ulasan