![]() |
| Limus ketika menyampaikan sumbangan kepada pengerusi surau kampung Kitang sempana majlis tersebut |
KUALA PENYU: Sebanyak 21 buah masjid dan 21 buah surau di daerah ini menerima sumbangan kewangan dari Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk Limus Jury .
Setiap masjid menerima sumbangan sebanyak RM 500 dan surau sebanyak RM 300 untuk kegunaan tabung masjid .
" Dengan adanya sumbangan seperti ini kita berharap jawatankuasa masjid dapat memanafaatkan untuk kegunaan masjid dan surau terutamanya menyelasaikan bil bil elektrik dan air dan sebagainya " katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka bersama masyarakat Islam di surau kampung Purun dekat sini kelmarin .
![]() |
| Limus ketika berucap di majlis tersebut |
Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Penyu Sebestian Ingkim,Pemimpin. Pembangunan Masyarakat Kuala Penyu Japinus Kimuin dan Naib Ketua Bahagian UPKO Beaufort Mohd Lokman Sunggim .
Dalam perkembangan lain Limus yang juga Ketua Bahagian UPKO Beaufort berkata , projek projek pembangunan lain yang diperlukan rakyat akan diambil perhatian dan tindakan sebaiknya sahaja peruntukan diperolehi dari kerajaan.
" Kita baru saja melalui proses peralihan kerajaan dan baru setahun memerintah ,justeru kita perlu memberikan ruang kepada kerajaan untuk melihat dan mempertimbangkan permohonan projek projek pembangunan yang lain khususnya di daerah ini" katanya
Sambil memberikan keyakinan kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafiee Apdal akan meneruskan dasar dan program untuk pembangunan dan Kesejahteraan rakyat ,Limus berkata, rakyat di negeri ini harus bersama memberikan sokongan dalam membawa pembangunan yang berterusan untuk kepentingan dan rakyat dan negeri Sabah.








0 ulasan:
Catat Ulasan