Sabtu, 28 Julai 2018

RAKYAT PERLU PEKA RISIKO WABAK DENGGI

TENOM: Masyarakat perlu memiliki   kesedaran akan risiko wabak denggi berikutan peningkatan berlakunya kes itu di negeri  ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr.Jaujan Sambakong berkata,wabak itu kini bukan sahaja berlaku di kawasan luar bandar tetapi kes kes yang ada turut berlaku di kawasan bandar utama di negeri ini.

"Masyarakat bandar perlu mempunyain kesedaran mengenai perkara ini,jangan hanya melihat bandar  sebagai sumber menjana pendapatan sebaliknya  perlu menjaga keselamatan dari segi kebersihan.

Tahun lalu sahaja sebanyak 694 kes denggi dicatatkan di negeri ini dan ianya  meningkat kepada 1,823 kes pada tahun ini, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pelancaran Program Gotong Royong Mega Peringkat Daerah Tenom kemarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar Setiausaha Tetap KKTP Datuk Gunung Tangis dan Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan


Jaujan yang juga Menteri Perumahan  Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, daerah lain seperti Tawau mencatatkan 370 kes,Tenom 16 kes,Kuamut enam kes manakala Tongod bebas daripada wabak tersebut.

"Saya harap program gotong royong seperti ini akan diletakkan sebagai agenda utama di setiap daerah bagi mengukuhkan budaya menjaga kebersihan dikalangan

Jaujan (tengah) bersama Jamawi dan jemputan lain ketika melancarkan program gotong royong mega tersebut
penduduk setempat.

" Tidaklah adil kita meletakkan tugas menjaga kebersihan ini kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja,semua pihak perlu ada rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan" katanya


0 ulasan:

Catat Ulasan