Ahad, 29 Julai 2018

PEMILIHAN KEPIMPINAN UPKO BAHAGIAN BEAUFORT DIJANGKA SENGIT

KUALA PENYU: Pemilihan barisan kepimpinan UPKO bahagian Beaufort pada penghujung bulan Ogos ini dijangka sengit berbanding sebelum ini dengan lebih ramai muka baharu khususnya golongan muda bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua ,Naib Ketua dan ahli jawatankuasa Bahagian.

Menurut sumber yang diperolehi  beberapa jawatan khususnya Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian antara yang mencuri perhatian lebih dari 200 orang perwakilan yang dijangka hadir pada persidangan kali ini.

Keadaan ini amat berbeza dengan kedudukan  jawatan Ketua UPKO bahagian Beaufort  yang disandang  oleh Datuk Limus Jury yang dijangka tidak akan dicabar dalam pemilihan kali ini berdasarkan prestasi cemerlangnya memimpin UPKO bahagian itu .


Dalam kehangatan pemilihan kali ini jawatan Timbalan dan Naib Ketua Bahagian antara yang menjadi fokas utama para perwakilan

Penyandang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Fredolin Punggoh sudah tentu tidak akan berada di zon selesa apabila sekurang kurangnya 3 calon lain dikatakan berhasrat merebut jawatan nombor dua dalam kepimpinan UPKO bahagian Beaufort.


Antara calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian ialah Jain Haji Bisnim

Seorang lagi calon yang membuat keputusan di saat saat akhir  ialah Ketua Pemuda UPKO bahagian Beaufort Nelson Tan Sri Wences yang dipercayai telah mendapat "lampu hijau" dari pemimpin atasan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian UPKO Beaufort memaksa penyandangnya  Fredolin  berkerja keras untuk mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan kali ini.

Bagi penyandang jawatan Naib Ketua UPKO bahagian Beaufort  Lokman Sunggim walaupun dikatakan lebih selesa mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan kali ini,namun tidak mustahil pada saat saat akhir akan merubah fikiran untuk naik setangga ke jawatan Timbalan Ketua Bahagian dimana  difahamkan beliau juga turut menerima pencalonan yang mencukupi syarat ,untuk  beliau bertanding  jawatan Timbalan Ketua Bahagian.

Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian selain penyandang Lokman Sunggim dan Raymond Juri ,tiga calon lain Japari  Kunin,Cyril Anthony Kisi dan Rajinan  Idin turut menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian dimana hanya dua calon sahaja dipilih dan dua lagi jawatan Naib Ketua Bahagian akan dilantik.


Sementara itu seramai 30 orang telah mengesahkan  untuk bertanding ahli jawatan kuasa UPKO Bahagian  Beaufort .Dari jumlah tersebut hanya 10 orang akan dipilih.

Antara calon calon yang
Menawarkan diri untuk bertanding
Jawatan ahli jawatankuasa UPKO bahagian Beaufort

Sementara itu ketika dihubungi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Jutih Kangang berkata, proses pemilihan kali ini lebih ketat dimana UPKO Pusat akan menghantar wakil memantau perjalanan mesyuarat ini.

Dalam perkembangan lain Ketua UPKO bahagian Beaufort yang juga Wakil Rakyat Kawasan Kuala Penyu  Datuk Limus Jury berharap pemilihan jawatan kuasa tertinggi UPKO Bahagian Beaufort  kali ini akan berjalan dengan lancar dan teratur dimana setiap perwakilan perlu mengutamakan perpaduan dalam parti.

Katanya demokrasi  akan disuburkan dalam setiap pemilihan ahli jawatankuasa parti ,namun dalam masa yang sama ahli parti khususnya perwakilan  perlu menjadikan pemilihan kali ini dilaksanakan dalan semangat kekeluargaan disamping mengutamakan kepentingan parti

Untuk rekod UPKO merupakan parti kedua terbesar selepas Warisan dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu selain parti PKR dan DAP.

FIKRAH MAYA.COM

0 ulasan:

Catat Ulasan