KOTA BELUD:Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud pagi kelmarin membuat laporan polis berkaitan kenyataan Naib Pengerusi DAP M.Kula Segaran yang menyifatkan orang Melayuku sebagai pendatang.
Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kota Belud di sini pukul 11.00 pagi .
![]() |
| Ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud Berkumpul di hadapan Balai Polis Kota Belud selepas membuat laporan tersebut |
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kota Belud Haji Awang Fadli Juanas Pergerakan pemuda UMNO bahagian Kota Belud membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Kula yang juga Menteri Sumber Manusia dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segara ke atasnya
" Walau pun beliau(Kula) telah meminta maaf dan menarik balik kenyataannya itu ,namun kami berharap pihak Polis tetap melakukan siasatan ke atasnya" katanya.
Menurut Haji Awang Fadli kenyataan Kula bersifat perkauman seolah-olah beliau menafikan sejarah sehingga tergamak menuduh orang Melayu sebagai pendatang.
" Inilah masalahnya bila pemimpin yang tidak mengikuti perlembagaan dan buta sejarah sehingga sanggup menuduh orang Melayu sebagai pendatang bercakap mengikut rasa tanpa menggunakan akal yang rasional" katanya
![]() |
| Kenal sejarah Haji Awang Fadli bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki ketika membuat laporan Polis di Kuala Lumpur |
Menurut Haji Awang Fadli jika perkara seperti ini dibiarkan ianya akan menjejaskan keharmonian kaum di negeri ini, justeru pihak berkuasa perlu melakukan siasatan dan tindakan agar tidak berulang pada masa akan datang.
FIKRAH MAYA.COM








0 ulasan:
Catat Ulasan