Sabtu, 28 Julai 2018

MASYARAKAT PERLU MAIN PERANAN JAGA KEBERSIHAN

Antara pemimpin masyarakat tempatan pertubuhan sukarela dan masyarakat setempat yang menyertai program tersebut

Fikrahmaya@gmail.com
Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd Fadzilah Abdullah berucap mewakili Limus

Sepakat membawa berkat Masyarakat setempat bergotong royong membersihkan pekan Menumbok sempana program tersebut
MENUMBOK:  Masyarakat umum perlu memainkan peranan sama menjaga kebersihan dan tidak hanya mengharapkan majlis daerah semata mata.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata,penjagaan kebersihan di daerah ini bukan hanya terletak pada pekerja di peringkat Majlis Daerah sahaja

"Ini adalah tanggungjawab bersama di mana penduduk perlu membantu Majlis Daerah untuk menjaga kebersihan

"Dalam masa yang sama masyarakat sendiri menjaga dan memastikan kawasan sekeliling mereka sentiasa bersih" katanya ketika beruca merasmikan Gotong Royong Mega Serentak Peringkat Kebangsaan bagi daerah Kuala Penyu di Pekan Menumbok kemarin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd Fadzlee Abdullah.

Limus berkata program tersebut adalah usaha berterusan yang akan melibatkan ahli majlis dan pemimpin tempatan pada masa akan datang

Menurut beliau  program tersebut juga dapat mendekati masyarakat malah dapat menggalakan semangat dalam kerja berpasukan


0 ulasan:

Catat Ulasan