Tenom: Penganjuran Pesta Bunga di daerah ini berupaya menarik kehadiran pelancong dari luar negara selain
![]() |
| Jamawi (dua dari kanan) menyaksikan Dr Daud menekan punat sebagai simbol pelancaran pesta tersebut |
Sehubungan dengan itu Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berharap kerajaan negeri perlu mempergiatkan usaha mempromosi dan memasarkan pesta tersebut menerusi Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
Menurut beliau usaha merancakkan promosi bukan sahaja di peringkat negeri malah turut membabitkan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
"Penganjuran ini bukan sahaja berjaya menonjolkan daerah Tenom yang terletak di kawasan Pedalaman sebagai distenasi pelancongan yang menarik untuk dilawati ,ianya juga dapat membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat"katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Pesta Bunga 2018 di Taman Pertanian Sabah Lagud Sebrang Tenom kemarin.
Majlis perasmian pesta tersebut disempurnakan oleh Pembantu Pertanian dan Industri Makanan Sabah Dr.Daud Yusuf
Menurut Jamawi penganjuran program ini dan pebukan sekadar untuk melihat keindahan kepelbagaian spesis bunga malah secara tidak langsung ia menggalakkan perkembangan industri landskap
Selain itu tambah beliau penganjuran Pesta Bunga juga membolehkan negeri ini khususnya daerah Tenom menonjol serta mempemirkan unsur unsur sejarah,kesenian dan kebudayaan tempatan sebagai pengisian sepanjang pesta berlangsung.
![]() |
| Jamawi(tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pengunjung yang hadir ke pesta tersebut |








0 ulasan:
Catat Ulasan