Sabtu, 28 Julai 2018

BAKAL JEMAAH HAJI DIRAIKAN

Bakal jemaah Haji dari kawasan Parlimen P.175 Papar telah diraikan dalam satu majlis Kenduri Doa Selamat di Kediaman Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Papar Datuk Hajah  Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Resvila Pengalat Kecil Papar baru-baru ini.

Turut hadir Wakil Rakyat Kawasan Kawang Datuk Haji Gulam Haidar Khan Bahadar.

Pada Majlis Tersebut Rosnah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Gulam yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Papar turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada bakal bakal jemaah haji dari kawasan Papar yang akan menunaikan rukun Islam ke lima tahun ini.

Di majlis ini kedua-dua pemimpin turut mengingatkan bakal jemaah haji agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Urusan Tabung Haji semasa berada di tanah suci Mekah dan sentiasa menjaga keselamatan serta kesihatan mereka semasa berada di tanah suci Mekah.

Gulam sambil diperhatikan Rosnah turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada salah seorang bakal jemaah haji sempana majlis tersebut

Rosnah (kanan) bersama Gulam (empat dari kanan) bersama bakal jemaah haji dari Parlimen Papar memotong kek sempana majlis tersebut


0 ulasan:

Catat Ulasan