Isnin, 30 Julai 2018

DUA BERADIK KAKI SABU

BEAUFORT: Dua beradik antara 11 lelaki ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) Beaufort selepas positif dadah jenis syabu dalam Ops Cegah di sekitar Beaufort baru baru ini.

Pakej Syabu yang ditemui


Dua beradik berusia 34 dan 38 tahun ditahan di rumah mereka di kampung Kebajang.

Ketua Pegawai ADK Daerah Beaufort Effanehwati Lakat,berkata serbuan dilakukan mulai 2 hingga 5 pagi berdasarkan aduan awam dan risikan dijalankan selama seminggu oleh AADK di kampung Pintas,Kabidang dan Kebajang.

"Hasil serbuan itu,kami menahan 12 lelaki disyaki penagih dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing 11 orang termasuk dua adik beradik itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu.

"Semua mereka yang berusia 22 hingga 50 tahun di tahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)," katanya ketika dihubungi.

Effanehwati berkata,mereka yang positif dadah dibawa ke Mahkamah Majistret Beaufort untuk permohonan remen sementara menunggu keputusan pengesahan ujian air kencing dari Jabatan Patologi.

Beliau berkata,AADK Beaufort akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penagihan dadah.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah boleh menghubungi AADK Beaufort ditalian 087-222667 atau tampil dimana-mana-mana pejabat AADK berhampiran" katanya

SUMBER HARIAN METRO



0 ulasan:

Catat Ulasan