Ahad, 29 Julai 2018

PENDUDUK KAMPUNG DARAU BANTAH CADANGAN PETEMPATAN TRANSIT


DARAU:Kira kira 250 orang penduduk  membantah cadangan pembinaan petempatan sementara mangsa kebakaran kampung Cenderamata 2 Likas di kawasan tanah lapang berhampiran Kampung Darau dekat sini hari ini.
Penduduk Kampung Darau berkumpul secara aman bagi membantah cadangan Petempatan Transit di kawasan kampung tersebut

Seorang penduduk kampung Darau mahu Ahli Parlimen Sepanggar Tarik Balik cadangan tersebut

Bantahan yang dibuat secara aman bermula pada pukul 3.30 petang itu dilakukan susulan kenyataan Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mohd.Azis Jamman yang menyatakan tanah seluar 6.4 hektar akan dibangunkan untuk perumahan transit mangsa kebakaran terbabit.

Wakil penduduk Ashim Jumat  berkata,mejoriti penduduk Kampung Darau menentang keputusan tersebut yang mereka sifatkan menggangu kesejahteraan dan keharmonian penduduk asal pada masa akan datang.

"Kampung Darau ini sudah Wujud  sejak ratusan tahun dan didiami penduduk Bajau Samah.Sepanjang tinggal di sini kami memulihara tempat ini dan memestikan ekosistem dijaga dengan baik.

" Penduduk di kampung ini dikejutkan pula dengan berita bahawa tanah lapang di sini akan dijadikan petempatan transit bagi penduduk yang terjejas dalam musibah kebakaran di kampung Cenderamata 2 Likas baru baru ini "katanya ketika ditemui media di sini .

Tambah Beliau, lebih mengecewakan apabila kerajaan Negeri,Dewan Bandaraya  Kota Kinabalu mahupun Mohd.Azis sendiri tidak memaklumkan kepada penduduk Kampung Darau mengenai cadangan petempatan transit tersebut.

Menurut beliau lagi sebelum ini penduduk asal kampung ini ada memohon tanah di kawasan yang dicadangkan  khususnya untuk mereka yang tidak memiliki tanah juga untuk anak anak mereka pada masa  akan datang bagaimanapun kerajaan tidak meluluskan permohonan tersebut.

"Memang sesuatu yang mengejutkan dan mengecewakan penduduk kampung Darau apabila tanah yang mereka pohon sebegitu mudah pula diluluskan untuk cadangan pembinaan  petempatan transit" Jelas beliau.

Terdahulu tular di media sosial Mohd.Azis merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri membuat kenyataan menerusi Facebook rasminya yang mencadangkan tanah lapang di Kampung Darau akan dijadikan perumahan transit bagi mangsa kebakaran di kampung Cenderamata 2  Likas pada selasa minggu lalu-lalang FIKRAH MAYA.COM

0 ulasan:

Catat Ulasan