Isnin, 30 Julai 2018

PERBUATAN MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG CENDERA MATA 2 MEMBALING DAN MENGINJAK PAKAIAN SUMBANGAN ORANG RAMAI DIKECAM NETIZEN


Perbuatan sebilangan mangsa kebakaran di kampung Cenderamata 2 Likas yang melontarkan,memijak dan berebut-rebut mengambil pakaian terpakai/baru yang disumbangkan oleh orang ramai di pusat petempatan sementara di Dewan Masyarakat Likas sebagaimana yang tular 2 di Media Sosial (FB) mendapat Keceman dari orang ramai khususnya netizen yang melihat video yang berdolarasi 5 minit 34 saat.



Kebanyakan netizen memberikan komen di media sosial mangsa kebakaran yang diberikan sumbangan ini, tidak menghargai sumbangan dari orang ramai yang bersimpati dan ingin membantu dengan musibah yang mereka hadapi.

Menurut kebanyakan komen yang di baca  di Media Sosial ,perbuatan melontar dan  memijak mijak pakaian yang disumbangkan oleh orang ramai memberi gambaran  sebilangan mangsa kebakaran ini, seolah olah tidak menghargai sumbangan daripada orang ramai yang bersimpati dan berusaha membantu mereka yang berhadapan dengan musibah kebakaran tersebut.

"Ini bukan budaya kita, kita membantu tanpa mengira bangsa dan agama kerana bersimpati dan ikhlas untuk membantu mereka " tulis seorang netizen di media sosial

Seorang yang ingin menyumbang yang enggan namanya disebut  berkata beliau kesal dan kecewa apabila  melihat  video tersebut sehingga hasratnya memberikan sumbangan pakaian terpakai menjadi hambar.

"Jika begini keadaannya seolah olah rasa simpati serta  pemberian ikhlas kita tidak dihargai,lebih baik saya sumbangkan ke rumah anak anak yatim ada lagi manafaatnya " jelasnya

Berikut adalah sebahagian dari komen komen netizen di media sosial yang melihat video yang tular di media sosial


0 ulasan:

Catat Ulasan