Isnin, 19 Ogos 2019

TENOM WAKIL ZON PEDALAMAN ATAS SUKAN BOLA SEPAK SAGA


Jamawi(tengah) bersama pasukan SAGA Tenom hadir memberikan sokongan pada perlawanan akhir pasukan tersebut

KENINGAU: Pasukan Bola Sepak yang mewakili daerah Tenom mencipta kejayaan berganda apabila pasukan bolasepak  Lelaki dan Wanita yang mewakili daerah itu muncul sebagai juara dalam perlawanan akhir pra kelayakan Sukan Bola Sepak SAGA bagi zon Pedalaman Atas di kompleks sukan Keningau baru baru ini.

Kemenangan berganda ini meletakkan pasukan Bola Sepak Lelaki dan Wanita  daerah Tenom akan mewakili Zon Pedalaman Atas ke kejohanan SAGA peringkat negeri yang dijadualkan diadakan di Keningau pada penghujung tahun ini.

Pada  perlawanan akhir pra Kelayakan tersebut Pasukan Bola sepak Lelaki  daerah Tenom telah mengenepikan pasukan daerah Tambunan dengan jaringan 5 berbalas 0.

Sebelum ini Pasukan bola sepak SAGA Tenom bertemu dengan  pasukan Nabawan dengan keputusan seri.

Jamawi (tengah) bersama pasukan bola sepak Wanita SAGA Tenom.

Bagi pasukan Bola Sepak Wanita pula ,pasukan Tenom menewaskan pasukan  Nabawan dengan keputusan 7 berbalas 1.

Presiden Kelab Bola Sepak JJFC Jamawi Jaafar yang turut memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan yang mewakili daerah Tenom turut berbangga dengan pencapaian tersebut.

Jamawi turut memberikan kata kata sangat kepada pasukan bola sepak Wanita SAGA Tenom

Menurut beliau kebanyakan pemain dan jurulatihnya terdiri daripada pemain-pemain  JJFC .

" Saya  mengucapkan  tahniah kepada kedua dua pasukan dan amat berbangga dengan  kejayaan ini  dan berharap mereka akan dapat mempertahankan momentum ini sehingga ke peringkat negeri " katanya.


Menurut Jamawi yang juga wakil rakyat kawasan Kemabong  sebahagian daripada kejayaan ini merupaka hasil daripada usaha yang dilakukan oleh JJFC yang mengadakan pelbagai klinik dan latihan kepada para pemain di daerah ini ,yang bukan sahaja bertujuan untuk memperkasakan sukan bola sepak namun berusaha mencungkil bakat bakat baru dalam sukan tersebut untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih jauh.

0 ulasan:

Catat Ulasan