![]() |
| Ahli keluarga mangsa berkumpul di pantai Kampung Kekapor bagi mengikuti perkembangan pencarian |
KUALA PENYU :Gerakan mencari dan menyelamat seorang nelayan Jahar Bin Asli 40an dari kampung Kekapor di sini, yang dilaporkan hilang semasa ke laut untuk menangkap ikan sejak pagi kelmarin (Ahad) masih belum menemukan hasil.
Usaha mencari dilakukan oleh penduduk kampung yang melibatkan empat buah bot selain sebuah bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu bersama lima anggota serta bantuan dari Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan , Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat kejadian yang dilaporkan diposisi 05° 31.812 U 115° 27.833T lebih kurang 15.2BN Timur Laut Labuan bagaimanapun usaha tersebut setakat petang Ahad belum menemukan hasil.
"Sehingga pukul 6 petang ini, gerakan mencari mangsa telah dihentikan sementara waktu dan akan disambung semula esok pagi" jelas salah seorang penduduk kampung yang terlibat dalam misi pencarian tersebut.
![]() |
| Ambulance membawa mayat salah seorang mangsa yang selamat namun akhirnya meninggal untuk dibawa ke hospital Kuala Penyu |
Menurut salah seorang mangsa yang terselamat Rosman Bin Emang 40 beliau bersama mangsa yang hilang dan seorang lagi mangsa Izam Bin Jahar 20 an keluar
menangkap ikan ,namun semasa perjalanan balik ke pangkalan bot mereka telah dipukul ombak
Izam Jahar yang memandu bot semasa kejadian telah tercempak ke laut dan ketika itu enjin bot mati akibat dipukul ombak.
Jahar Asri (mangsa yang masih hilang) terjun ke laut bersama sebiji gelan bagi menyelamatkan anak beliau Izam yang tercempak ke laut ketika itu
Rosman yang terselamat berjaya menghidupkan semula enjin bot dan berjaya menyelamatkan Izam yang masih terapung di lautan dan membawanya balik ke daratan ,bagaimana pun meninggal telah meninggal dunia dan mayatnya di bawa ke Hospital Kuala Penyu untuk tindakan selanjutnya sementara Jahar hilang dibawa arus
![]() |
| Penduduk kampung dan pasukan petugas penyelamat berada di kawasan Pantai Kekapur |
Mangsa dilaporkan keluar menangkap ikan dari pengakalan nelayan kampung Kekapur dengan menggunakan sebuah bot fiber panjang berwarna puteh biru dengan sebiji enjin 15HP pada awal pagi Ahad .









0 ulasan:
Catat Ulasan