![]() |
| Jamawi (tengah) bersama pelajar pelajar dari kawasan DUN Kemabong yang menerima sumbangan tersebut. |
TENOM :Pelajar di luar bandar berpeluang mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam apa jua bidang jika ada kesungguhan serta kegigihan di samping memberikan fokus semasa sesi pembelajaran.
Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, ini termasuk mematuhi nasihat guru-guru yang mendidik mereka berdisiplin serta sentiasa meletakan kepentingan pendidikan di hadapan .
![]() |
| Jamawi ketika menyampailkan sumbangan khas tersebut kepada salah seorang penerima. |
Menurut beliau, pencapaian pelajar luar bandar di negeri ini khususnya di kawasan Kemabong dalam bidang kurikulum dan kokurikulum menunjukkan peningkatan yang positif.
![]() |
| Gembira seorang pelajar menerima sumbangan khas dari Jamawi |
Mengambil contoh tahun ini seramai 94 orang pelajar dari kawasan Kemabong berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi berbanding 88 orang tahun lepas, dan ada kalangan pelajarnya dari keluarga yang kurang berkemampuan tinggal di kampung kampung yang akan terpencil seperti
di kampung Tinura, Magunshop, Bakuku, dan kampung Lalang turut mencipta kejayaan.
"Dalam bidang kokurikulum pula dua
athlit kebangsaan yang akan mewakili negara ke sukan SEA Manila 2019 yang berasal daripada Kemabong iaitu Adik Andre Anura@Anuar (Lompat Jauh & Lompat Kijang) dan Adik Benedict Ian Gawol (Acara 110 berpagar) yang juga menerima tawaran ke UPM Serdang" katanya semasa berucap di majlis penyampaian bantuan khas kepada semua anak anak di DUN Kemabong yang mendapat tawaran ke universiti sessi 2019 di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kemabong dekat sini pada Ahad.
Dalam pada itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berharap warga pendidik di luar bandar dapat menjalankan peranan masing-masing dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta mampu mencapai kecemerlangan di peringkat tinggi.
Katanya, institusi sekolah merupakan pendukung kepada visi dan misi pendidikan negara dan oleh itu warga pendidik harus menggembleng tenaga dalam mendidik pelajar.
Mengulas Program tersebut Jamawi berkata ianya telah dimulakan sejak tahun 2006 lagi demi menjana kemajuan pendidikan khususnya di kawasan Kemabong
![]() |
| Jamawi sempat memberikan motivasi kepada para pelajar yang menerima bantuan khas tersebut. |










0 ulasan:
Catat Ulasan