![]() |
| Jamawi (empat dari kanan ) menerima Jalur Gemilang dari letuanKontejan Kembara Jalur Gemilang semasa majlis tersebut |
TENOM: Kemerdekaan negara akan lebih bermakna jika tahap perpaduan dan keharmonian kaum dapat terus dilestarikan.
Wakil Rakyat Kemabong Jamawi Jaafar berkata, perpaduan kaum perlu dikekalkan kerana ia dapat membantu dalam kestabilan politik dan ekonomi negara.
Jamawi berkata, perpaduan dan keharmonian yang dipertahankan itu juga dapat mengintegrasikan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa serta agama.
Jamawi berkata, Malaysia bukan saja perlu bebas daripada keganasan, jenayah dan kekejaman malah perlu bebas daripada masalah dan konflik disebabkan kebencian antara kaum dan agama.
“Masyarakat pelbagai etnik perlu mempunyai sikap prihatin terhadap masa depan negara dan bersedia menjadi jambatan etnik.
“Pada masa akan datang, penting bagi semua rakyat Malaysia belajar mengenai kepentingan memelihara perpaduan kerana negara kita boleh musnah jika tidak mengekalkan keharmonian antara kaum," katanya ketika berucap menyambut kedatangan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Jabatan Penerangan dan persembahan Pentarama di perkarangan dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antanom baru baru ini.
Sehubungan dengan itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan mengajak rakyat tanpa mengira agama dan kaum terus mengekalkan hubungan baik dan sentiasa memelihara perpaduan demi kesejahteraan dan kemajuan negara
" Banyak contoh sudah kita saksikan di beberapa buah negara apabila rakyatnya enggan bersatu padu negara mereka berada dalam keadaan kucar kacir politik tidak setabil akhirnya negeri mereka sukar ditakbir yang membawa kerugian kepada rakyatnya sendiri" jelas Jamawi.
"Amat penting setiap rakyat berusaha mengekalkan persefahaman, kesejahteraan dan hubungan yang harmoni agar ikatan perpaduan masyarakat terus kukuh dan keamanan dapat dinikmati sampai bila-bila" jelas Jamawi








0 ulasan:
Catat Ulasan