![]() |
| Jamawi(tengah) menyaksikan penyerahan bibit durian muskang king kepada salah seorang peserta yang menyertai sesi taklimat tersebut |
KEMABONG : Rakyat khususnya pekebun kecil khususnya di daerah ini disarankan agar mempelbagaikan tanaman mereka serta meneroka peluang tanaman-tanaman baharu yang dapat memberi pulangan lebih baik agar kesan kejatuhan harga komoditi dapat diimbangi .
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar ketika membuat saranan ini berkata ,pekebun kecil tidak seharusnya bergantung kepada hasil pertanian komoditi seperti sawit dan getah yang ketika ini mengalami kejatuhan harga pasaran .
" Bagi mengimbangi kejatuhan harga komoditi yang tidak menantu ini rakyat khususnya pekebun kecil perlu mempelbagaikan tanaman yang berimpak tinggi seperti tanaman nenas dan durian musang king yang kini mempunyai permintaan dan harga pasaran yang lebih baik di pasaran " katanya ketika berucap merasmikan Taklimat Pertanian Peserta Geran Komuniti Pengolobon di kampung Mangusop dekat sini baru baru ini.
Taklimat tersebut untuk memudahkan Peserta Projek Pertanian Berimpak Tinggi untuk memilih tanaman yang sesuai di majukan di kawasan seluas 2900 ekar yang mana telah diluluskan sebagai geran komunal sebelum ini dan diberikan secara individu oleh Ketua Menteri Datuk Mohd Shafie Apdal awal tahun ini.
![]() |
| Jamawi ketika menyampaikan ucapan kepada para peserta yang menyertai sesi taklimat tersebut |
Taklimat tersebut melibatkan beberapa agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan pertanian Sabah, Jabatan perhutanan, LIGS, MPOB, MASDA(persatuan penanam durian sabah) dan Borneo skill expert(penanaman nenas MD2)
Dalam pada itu Jamawi berkata kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah bagi meringankan beban mereka yang terlibat dalam kejatuhan harga komoditi
Ini termasuk mempergiat penyelidikan dan pemasaran industri hiliran agrikomoditi, penggunaan bio bahan api, penerokaan pasaran baharu dan bekerjasama dengan negara pengeluar lain bagi menstabilkan harga komoditi berkenaan di pasaran antarabangsa.
Sehubungan dengan itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berharap para peserta dapat memperolehi ilmu pengetahuan mengenai cara mengusahakan tanaman lain seperti tanaman nenas dan durian musang king yang berimpak tinggi dari segi pulangannya untuk diusahakan
" Sebagai wakil rakyat di kawasan ini saya berharap industri pertanian dan pelancongan dapat dimajukan kerana kedua dua bidang ini boleh dimajukan sebagai pemangkin kepada pengingatan ekonomi rakyat khususnya di kawasan ini" katanya








0 ulasan:
Catat Ulasan