Isnin, 19 Ogos 2019

KERAJAAN DIGESA PERCEPATKAN BANTUAN RUMAH UNTUK MANGSA KEBAKARAN DI PENANGAH


Bung menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran tersebut.

KINABATANGAN  : Kerajaan negeri dan persekutuan digesa agar mempercepatkan proses bantuan pembinaan rumah bagi penduduk  yang terlibat dalam kejadian kebakaran tempat tinggal di kampung  Penangah  Tongod dekat sini baru baru ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin berkata mejoriti keluarga yang terlibat  adalah rakyat tempatan yang kurang berkemampuan untuk membina semula rumah kediaman mereka.

Bung bersama rombongan turut meninjau kawasan yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Kejadian yang berlaku pada bulan awal bulan ini telah memusnahkan 29 buah rumah dan turut mengorbankan nyawa seorang warga emas

" Saya bersimpati dengan musibah yang melanda penduduk di kampung ini yang mejoritinya penduduk tempatan yang kini terpaksa tinggal buat sementara waktu di pusat penempatan sementara  di sini dalam keadaan yang  bersesak dan kurang  selesa" katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Ahli Parlimen dan UMNO bahagian Kinabatangan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam musibah tersebut  di kampung Penangah Tongod kemarin.

Bung bersama rombongan turun padang menyampaikan bantuan kepada mangsa mangsa yang terlibat 

Turut serta Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan Datuk Jafry Arifin serta ahli jawatankuasa UMNO bahagian Kinabatangan .

Selain dari itu Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan berharap  bagi membantu usaha kerajaan untuk mempercepatkan serta memulihkan semula tempat kediaman penduduk yang terlibat syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) juga boleh menyalurkan bantuan pembinaan rumah kepada mangsa yang terlibat melalui tanggungjawab sosial koprat syarikat mereka ( CSR)

" Dengan adanya kerjasama antara kerajaan dan GLC yang berkaitan proses membantu bagi membina semula rumah rumah mangsa-mangsa  yang terlibat boleh dipercepatkan" katanya.

Mengulas sumbangan tersebut Pengerusi UMNO Sabah itu berharap melalui sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit beban mangsa mangsa yang terlibat .

Mengenai saranan pembinaan Balai Bomba di daerah tersebut Bung berkata beliau menyokong cadangan tersebut dan akan sentiasa membawa isu ini ke Parlimen agar pembinaan Balai Bomba di daerah Tongod dapat disegerakan .





0 ulasan:

Catat Ulasan