Ahad, 11 Ogos 2019

ADUN KEMABONG SUMBANG TUJUH EKOR LEMBU UNTUK IBADAH KORBAN


Jamawi ketika menyerahkan lembu untuk ibadah korban kepada salah seorang pengerusi masjid .


KEMABONG: Sempana sambutan hari raya Aidilhadha tahun ini ,Ahli dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar menyumbang tujuh ekor lembu untuk ibadah korban.

Antara masjid dan surau yang menerima sumbangan tersebut termasuklah Masjid Kampung Bamban,Kampung Pantogan,kampung Baru Jumpa,Kampung Kuala Tomani ,Kelas Sudara Kita Pekan Tenom,Madarasah Tahfiz  Nur Aisyah dan Pusat Khidmat ADUN Kemabong.

Ditemui semasa majlis penyerahan lembu kepada Pengerusi pengerusi masjid yang menerima sumbangan tersebut pada sabtu lepas, Jamawi yang juga Ketua Badan Belia Usia Sabah berkata daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada golongan asnaf saudara baru dan golongan yang memerlukanya yang diselaraskan oleh pengerusi jawatankuasa masjid yang terlibat .

" Tahun depan kita akan perluaskan lagi sumbangan ini ke kampung kampung lain di kawasan Kemabong mengikut giliran" katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tersebut.

Jamawi (tengah) bersama sebahagian masyarakat Islam Ladang Sapong selepas menunaikan sembahyang sunat Aidilhadha

Sementara itu  Jamawi  sambutanpada  sambutan Hari  raya Aidilhadha tahun ini turut menunaikan sembahyang sunat aidilhadha bersama masyarakat Islam setempat di masjid Ladang Sapong Kemabong yang turut disertai oleh Penolong Setiausaha Badan Belia Usia Sabah Imam Mohd Taslim Haji Tahir.

Dalam pada itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan mengajak rakyat khususnya masyarakat Islam agar menghayati pengertian disebalik ibadah korban.

Katanya ,rakyat perlu sentiasa bersatu padu mengelakan perpecahan berlaku .

" Kita harus mengetepikan segala kepentingan diri bagi kebaikan masyarakat seterusnya memupuk semangat cintakan negara bagi mencapai keharmonian di dalam negara yang berbilang bangsa,agama dan kaum ini" katanya.



0 ulasan:

Catat Ulasan