![]() |
| Aminah dan Syed bertukar tukar pandangan semasa perjumpaan tersebut. |
KOTA KINABALU: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah sedia menjalin kerjasama bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengatur dan melaksanakan program pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan ahli -ahli yang berhormat (ADUN) Sabah.
Menyatakan perkara ini pengarahnya ,Aminah Awang Besar berkata ianya amat sesuai sebagai pendekatan untuk memasyarakatkan dan memperkasa bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat.
" Wakil rakyat adalah ikon kepada masyarakat justeru pendekatan ini amat tepat kerana mereka sering berhadapan dengan masyarakat diperingkat akar umbi " katanya ketika ditemui selepas mengetuai DBP cawangan Sabah melakukan kunjungan hormat keatas Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Syed Abas Syed Ali di pejabat DUN Sabah baru baru ini.
![]() |
| Aminah menyampaikan cendera kenangan kepada Syed selepas perjumpaan tersebut. |
Turut serta dalam kunjungan tersebut Timbalan Pengarah, Rusdi Awang; Perancang Bahasa, Ezura As’ Ad Azam dan Noor Ainna Abd Hamid; Penolong Perancang Bahasa, Ahmad Fazly Sahar dan Timbalan Setiausaha Dun Sabah, Mohd Jayrey Jaya
Menurut Aminah Kempen Dekad Membaca Kebangsaan baharu sahaja dilancar pada tahun lalu.
Katanya,dengan slogan " Malaysia Membaca" kempen itu telah diperluaskan ke semua peringkat khalayak sasaran termasuk bayi seawal usia, prasekolah, sekolah rendah, menengah, universiti dan masyarakat umum.
“Kempen Dekad Membaca Kebangsaan merupakan usaha jitu Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan dan mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Selain itu, kempen ini diyakini mampu untuk memperkukuhkan budaya membaca dan meningkatkan peratusan rakyat Malaysia membaca untuk merealisasikan hasrat dan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
Tambah Aminah lagi rancangan memperkasakan pelaksanaan Kempen Membaca Kebangsaan dimulai pada tahun 2018 hingga 2020 dan diteruskan dengan Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030 yang merupakan strategi jangka panjang dalam Pelan Strategik Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030.








0 ulasan:
Catat Ulasan