Sabtu, 17 Ogos 2019

PENYEDIAAN INSFARSTRUKTUR ASAS MENJADI KEUTAMAAN KERAJAAN :JAMAWI

Jamawi empat daripada kiri bersama pegawai pegawai dari LPPB ketika meneliti plan pembinaan pekan baharu Kemabong 

KEMABONG : Penambahbaikan penyediaan kemudahan infrastruktur asas untuk rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar terus menjadi keutamaan kerajaan.

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar  berkata, kerajaan sentiasa mengambil kira akses kepada infrastruktur asas yang merupakan hak asasi semua rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada.

Menurut beliau sebagai wakil rakyat yang dipilih  amanah tersebut perlu digalas dengan penuh tanggungjawab berkerja untuk rakyat agar kawasan Kemabong tidak ketinggalan dari aspek pembangunan meskipun terletak di kawasan  Pedalaman .

Katanya, kemudahan infrastruktur jalan raya, perumahan, bekalan elektrik dan air adalah penting untuk kesihatan serta perkembangan sosiobudaya rakyat dan menjadi sebahagian daripada asas utama kesejahteraan ekonomi negara.

“Keutamaan akses kepada infrastruktur asas di kawasan luar bandar membolehkan pengagihan kekayaan yang lebih saksama, memudahkan aktiviti ekonomi" katanyq

Beliau yang  juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berkata  demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah projek yang  telah dan bakal dilaksanakan di kawasan Kemabong baru baru ini.

Jamawi ketika meninjau jalanraya masuk ke SMK Chinta Mata yang kini dalam proses perlaksanaan

Antara projek yang sedang dan bakal dilaksanakan yany beliau lawat  ialah tapak pelaksanaan Pekan Baharu Kemabong ,pembinaan  12 pintu Kiosk Kraftangan termasuk sebuah Menara berupa replika “Buyung” di Dataran Kemabong. Pembinaan parit konkrit di Taman  Ontoros pembinaan tandas awam di Dewan Ontoros/Litar Motorcross/ MX Kemabong.

Projek lain yang bakal dilaksanakan ialah  naik taraf tandas awam gelanggang Futsal Kemabong, naik taraf tandas awam Pekan Kemabong

Selain itu Jamawi juga sempat meninjau kerja kerja menaik taraf jalan masuk ke SMK Chinta Mata, ziarah keluarga yang baru mendapat bantuan rumah di kampung Angan-Angan Kemabong .

Tambah Jamawi projek naik taraf jalanraya Mukim Ulu Tomani Kemabong akan dimulakan dalam tempoh terdekat dimana proses tander sudah pun dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Sabah.

" Menyusul selepas ini ialah tander  naik taraf jalanraya Kemabong ke Kampung Rundum yang telah diluluskan oleh peruntukanya oleh kerajaan  " katanya .

Menurut Jamawi , kerajaan akan terus menumpukan pembangunan luar bandar terutama bagi mengurangkan jurang perbezaan pembangunan antara bandar dengan luar bandar.

" Apa bila segala projek pembangunan ini siap dilaksanakan saya yakin dan percaya akan dapat meningkatkan tahap siso ekonomi rakyat khususnya dikawasan ini melalui dua sektor yang berdaya maju iaitu pelancongan dan pertanian " katanya

Dalam perkembangan lain, Jamawi berkata kerjasama erat antara semua lapisan kepimpinan di akar umbi akan memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya apa yang penting adalah semua ahli parti terus bersatu khususnya dalam menangkis cubaan pihak tertentu yang cuba memecahbelahkan perpaduan dalam parti.






0 ulasan:

Catat Ulasan