Khamis, 2 Julai 2020

TROLI DAN KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG PANGI RAYOH DAN SEKITARNYA

 Penduduk kampung Pangi kerah tenaga menolak Troli  sebagai kenderaan menuju ke pekan Tenom untuk mendapatkan keperluan harian atau bagi kes kes kecemasan

TENOM: satu satunya kenderaan yang boleh dinaiki oleh penduduk Pangi , Rayoh dan sekitarnya  ke Pekan Tenom  untuk membeli keperluan harian dan pengangkutan  pelajar ke sekolah   di Sk Pangi ialah dengan menaiki keretapi
Runtuhan tanah dan batu di atas landasan menyebabkan sistem pengangkutan Keretapi Tenom ke Beaufort tergendala 


Penduduk akan berhadapan dengan masalah apabila sistem pengangkutan keretapi  tergendala terutamanya bila berlaku  runtuhan tanah yang menimbus landasan  apa lagi runtuhan terjadi dalam skala besar menyebabkan kerja kerja pembersihan memakan masa hingga berminggu dilaksanakan.

Beberapa buah Troli yang dibuat oleh penduduk kampung sebagai kenderaan mereka ke pekan Tenom

Mereka tidak mempunyai alternatif lain, selain menggunakan insiatif sendiri untuk ke Pekan Tenom terutamanya  apabila berlakunya kes kes kecemasan atau kehabisan bekalan makanan dengan menggunakan kenderaan yang mereka cipta sendiri  popular dipanggil dikalangan penduduk tempatan sebagai  "Trolley" (Talori)

Talori diperbuat  daripada kayu dan dipasangkan bearing sebagai roda.
Ianya digerakkan oleh tenaga manusia dengan menggunakan kayu panjang yang dipanggil (Penangkar).

Mereka terpaksa kerah tenaga menolak Talori dengan kayu panjang sejauh kira kira  10 kilometer dari Pangi dan 20 kilometer dari Rayoh menuju ke Pekan Tenom. Walaupun perbuatan ini salah, namun hanya ini sahaja alternatif pengangkutan yang boleh digunakan sebagai kenderaan terutamanya bagi mendapat rawatan segara untuk kes kes kecemasan sakit dan sebagainya.

Hujan lebat dan banjir yang berlaku baru baru ini sekali lagi penduduk di kampung ini berhadapan dengan masalah apabila berlaku runtuhan tanah dan batu di beberapa  buah tempat yang memerlukan masa untuk kerja kerja pembersihan oleh pihak yang berwajib .

Guru Besar Sk Pangi Azlan Salim terpaksa mengusung barang keperluan untuk di bawa ke Sekolah.

Lebih mencabar bagi sebilangan guru- guru yang terpaksa berulang alik dari pekan Tenom ke Sk Pangi untuk menjalankan tugas mereka sebagai pendidik yang menggunakan keretapi sebagai kenderaan terpaksa menaiki troli atau berjalan kaki.

" Oleh kerana sekolah mula dibuka pertengahan Julai ini saya bersama rakan rakan lain terpaksa menaiki troli ke sekolah bagi mempastikan persediaan untuk pembukaan sekolah semasa PKPP ini berjalan lancar" jelas Guru Besar Sk Pangi Azlan Salim.



Guru guru Sk Pangi hadapi cabaran membawa barang barang keperluan bila sistem pengangkutan keretapi menghadapi masalah 

Bagi penduduk yang tinggal di seberang sungai mereka  terpaksa mengharungi banjir serta arus deras yang mengalir di Sungai Padas yang amat bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa  untuk mendapatkan perkhidmatan keretapi atau troli ini di seberang sungai.

Malah dalam kejadian beberapa hari lalu seorang penduduk Jumat Yayaim dari kampung Rayoh cedera dibahagian kaki dalam usahanya menyeberangi sungai Padas untuk keluar ke Pekan Tenom bagi mendapatkan keperluan barang makanan.

Penduduk Kampung Rayoh Jumat Yayaim yang cedera di bahagian kaki yang terpaksa menyeberangi sungai untuk keluar ke pekan mendapatkan keperluan di usung oleh penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan lanjut

Beliau yang dibantu oleh penduduk Pangi menggunakan bot Rafting akhirnya dapat dibawa menyeberang sungai untuk dibawa ke Hospital Tenom mendapatkan rawatan lanjut .

Inilah cabaran sebenarnya bagi penduduk Pangi ,Rayoh dan sekitarnya apabila perkhidmatan keretapi tergendala .Cabaran ini  bertahun-tahun telah  mereka lalui dengan penuh cabaran dan sabar menanti dengan penuh harapan kerajaan akan melakukan  sesuatu  untuk membawa pembangunan yang lebih mampan agar di suatu masa nanti sistem jalanraya dapat dibina ke kawasan ini bukan sahaja untuk menyediakan kemudahan pengangkutan yang lebih selesa namun sekali gus dapat meningkatkan taraf siso ekonomi mereka seharian tanpa bergantung sepenuhnya kepada sistem pengangkutan keretapi.



0 ulasan:

Catat Ulasan