![]() |
Azizah (dua dari kanan) dan Guru Besar SAN Kampung Limbawang, Seineh Maksud (dua dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian tapak pembinaan SAN Kampung Limbawang.
Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Azizah Mohd Dun berkata , pembinaan satu blok bangunan sekolah tersebut dibayai dari peruntukan beliau sebagai ahli Parlimen di kawasan itu.
" Saya berharap apabila projek ini siap dilaksanakan ianya akan dapat mengatasi masalah yang menghantui pelajar dan guru guru di sekolah yang sering dilanda banjir sebelum ini" katanya ketika ditemui selepas
merasmikan Majlis Pecah Tanah SAN Kampung Limbawang di sini.
Menurut Azizah beliau memahami masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan guru guru di sekolah tersebut sebelum ini yang sering dilanda banjir kerana bangunanya rendah sehingga menjejaskan pembelajaran para pelajar
"kita memutuskan untuk memulakan dahulu fasa pertama yang dibina ditapak baru seluas 0.41 hektar dengan mengunakan peruntukan saya sebagai ahli Parlimen dan pembinaan ini bertujuan memastikan keselamatan pelajar yang sering terjejas oleh banjir di tapak asal" katanya
Menurut Azizah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Sabah Selepas fasa pertama ini berjalan, beliau akan cuba untuk mendapatkan lagi dana tambahan untuk pembinaan fasa kedua bagi menampung bilangan pelajar yang ada selain mengwujudkan keadaan yang lebih kondusif untuk keselesaan pelajar dan guru guru di sekolah tersebut.







0 ulasan:
Catat Ulasan