KEMABONG: Ibubapa dan para pelajar khususnya lepasan Sijil Pertengahan Malaysia (SPM) dinasihat agar tidak perlu terburu-buru menerima tawaran melanjutkan pengajian di IPTS/kolej swasta
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar (gambar) berkata mereka perlu meneliti terlebih dulu latar belakang kolej berkenaan termasuk segala kos pembayaran pengajian dan terma perjanjian sebelum mengambil sebarang keputusan.
Katanya sebagai bakal mahasiswa yang unggul mereka perlu cakna terhadap semua perkara yang disediakan oleh pihak IPTS atau kolej swasta yang menawarkan kursus kepada mereka
" Pelajar terutamanya lepasan SPM ,perlulah membuat kajian atau mengumpulkan maklumat tentang latar belakang kolej/universiti, visi dan misi dan mengambil tahu berita berkaitan universiti seperti pencapaian, kejayaan universiti dan peluang peluang pekerjaan yang boleh dipohon selepas menamatkan pengajian di IPTS/kolej berkenaan " katanya ketika ditemui di sini.
Jamawi yang juga Pengerusi kelab penyokong kerajaan berkata sejak beberapa minggu kebelakangan ini beliau banyak dihubungi oleh ibubapa pelajar khususnya Kemabong memohon sumbangan untuk anak-anak mereka melanjutkan pengajian di beberapa kolej swasta yang sebilangannya jarang di dengar.
" Ibubapa atau pelajar jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang disediakan terutamanya dari segi pembayaran yuran walaupun peringkat awal tidak begitu menyulitkan disebabkan kolej berkenaan menggunakan pinjaman PTPTN untuk pembayaran yuran dan sebagainya atas nama pelajar terlibat yang sudah tentu akan membebankan pelajar dan ibubapa untuk membayarnya kembali selepas menamatkan pengajian apalagi selepas pengajian pelajar pula gagal memperolehi pekerjaan"jelas Jamawi.
Tambah Jamawi pelajar dan ibubapa pelajar jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang disalurkan oleh pihak kolej melalui pelbagai cara email,apklasi wahtsAspp dan masej melalui agen mereka, ini kerana agen berkenaan akan mendapat komisyen sekiranya berjaya mendaftarkan seorang pelajar di kolej berkenaan.
Tambah Jamawi kebiasaanya pelajar pelajar yang kurang cemerlang keputusanya dan gagal melanjutkan ke IPTA akan menjadi sasaran dihubungi melalui e-mail,WhatsApp atau SMS oleh agen yang dilantik kerana mereka mementingkan keuntungan komisyen apabila mereka berjaya mendaftarkan seseorang pelajar.
" Sebaiknya pilihlah kolej kolej yang diiktiraf oleh kerajaan seperti kolej Yayasan Sabah,IKM,ILP ,MARA dan sebagainya ini kerana ianya ditanggung dan dipantau sepenuhnya oleh kerajaan " katanya







0 ulasan:
Catat Ulasan