Ahad, 26 Julai 2020

Polis Tembak Mati Suspek Pukul Ibu Kandung


Lokasi kejadian di kampung Indomadi Beaufort dikawal oleh pihak Polis 

BEAUFORT: Polis menembak mati seorang suspek yang disyaki dipengaruhi dadah selepas gagal memujuknya untuk menyerah diri, di Kampung Indomadi di sini, pagi semalam

Difahamkan, sebelum kejadian itu suspek terlibat dilaporkan memukul ibu kandungnya sehingga tidak sedarkan diri dan kini dibawa ke Hospital Quen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan  .Suspek  turut menetak bapa saudaranya dan mengalami kecederaan .


Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit, namun belum ada maklumat lanjut yang dapat dikongsikan setakat ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan