Isnin, 29 Jun 2020

BERI SAYA SEDIKIT MASA PERTIMBANGKAN PENCALONAN SEBAGAI PM, KATA SHAFIE


Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal akan memberi pertimbangan serius berhubung cadangan pencalonannya sebagai Perdana Menteri.

Katanya, cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah cabaran besar kepadanya dan akan mempertimbangkannya secara serius.

"Tidak lama cuma beri saya masa sikit," katanya dalam posting terbaru di fb peribadinya.

Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau akan menelitinya secara mendalam dan perlu berbincang dengan timbalannya dan parti.

"Saya amat bersyukur kerana cadangan itu datangnya daripada Tun, seorang negarawan," kata Shafie.

Menurutnya, tidak pernah dalam sejarah apa yang beliau cadangkan itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan