Khamis, 2 Julai 2020

KEMABONG BAKAL MENJADI PENGELUAR DURIAN MUSANG KING TERKENAL DI SABAH:JAMAWI


Jamawi menunjukkan plan cadangan untuk membangunkan projek tersebut kepada penduduk kampung yang hadir di majlis itu.

KEMABONG: Tidak mustahil  dalam tempuh lapan tahun akan datang  daerah ini bakal menjadi antara pengeksport durian yang menawarkan jumlah besar jenis buah itu seperti Musang King, Duri Hitam dan D24 apabila projek tanamannya diKampung Batu Angalor, Kemabong melalui   Projek Mini Estate Sejahtera (MESEJ)  bakal dilaksanakan.


Keyakinan ini disuarakan oleh wakil rakyat Kemabong Jamawi Jaafar semasa mengadakan sesi dialog bersama penduduk kampung tersebut berhubung dengan perlaksanaan Projek Mini Estate Sejahtera (MESEJ)  di kampung tersebut.


Jamawi mengikut SOP hanya mengangkat tangan tanda bersalaman dengan penduduk kampung.

Menurut Jamawi dibawah program MESEJ tersebut seluas 250 ekar tanah akan diusahakan dengan projek pertanian tanaman buah buahan berpenghasilan tinggi antaranya durian musang King Avocado dan Nenas MD2


" Projek ini dibawah kendalian Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang mana menjoriti penduduk di kampung ini menyambut baik perlaksanaannya " katanya ketika ditemui selepas memberikan taklimat mengenai projek tersebut kepada penduduk kampung Batu Angalor dekat sini kemarin .


Tekun penduduk kampung mengikuti taklimat yang diberikan 

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kemabong  Yuesri Ismail Yusof, Ketua Polis Daerah Tenom Tuan Hasan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley  Balang, dan Ketua Daerah Kemabong Panguot Lambang

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk Ewin Benedick yang meluluskan dan menyediakan peruntukan untuk projek MESEJ tersebut, Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata pemilihan kampung tersebut sebagai tapak projek MESEJ 
berikutan bentuk muka bumi serta tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian  selain menggalakkan penduduk luar bandar melibatkan diri dalam sektor pertanian sebagai sumber untuk meningkatkan taraf siso ekonomi mereka.


"Saya yakin dengan komitmen kerajaan memajukan kampung ini melalui projek MESEJ ini selain bantuan dan tunjuk ajar dari jabatan dan agensi yang terlibat seperti jabatan pertanian dan lain lain dan dengan penggunaan  teknologi dan baja yang bermutu projek ini akan berdaya maju" katanya 


Jamawi menerima cendera kenangan selepas memberikan taklimat di majlis tersebut

Dalam perkembangan sama, Jamawi juga  menyeru kepada masyarakat di daerah ini yang mempunyai tanah terbiar untuk mengusahakannya dengan tanaman durian musang king.

Katanya, berikutan permintaan terhadap raja buah itu semakin meningkat, masyarakat di daerah itu harus merebut peluang berkenaan bagi membolehkan mereka menjana pendapatan melalui permintaan pasaran tempatan dan pasaran luar negara .

Pada majlis tersebut Jamawi juga turut meluluskan peruntukan ADUN untuk melaksanakan beberapa projek kecil di kampung tersebut








0 ulasan:

Catat Ulasan